advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (2) apam (2) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) Birthday (1) biskut (2) brownies (5) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cookies (1) cream (1) Cream puff (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (19) diet (2) dinner (1) doorgift (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (26) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (6) panggang (2) party (1) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) polkadots (1) potato (1) puding (9) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (3) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (8) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (19) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Thursday, May 26

~butter golden churn mengandungi DNA babi?~




baru tadi nonie dapat email dari seorg kawan,mengatakan yg butter jenama golden churn mengandungi DNA babi.
buat sementara waktu butter ini tidak halal untuk digunakan sehingga maklumat terkini dikeluarkan
asal isu ini timbul,apabila pihak Jabatan Agama Islam Johor membuat analisis pada serbuk kopi di Kluang station dimana biji kopi tersebut digoreng terlebih dahulu menggunakan butter golden churn.
so kalau kawan2 nak tau lebih lanjut boleh contact
Jabatan Agama Islam Negeri Johor 07-2282900

buat masa nie diaorg baru hantar report ke pihak JAKIM&pihak2 berkenaan untuk tindakan,so belum keluar surat khabar lagi.





*kalau mak nonie dulu2 suka buat kuih pakai butter nie,dia panggil butter cap tong :)
tapi sekarang dah mahal kan....
kalau org yg jual kek lapis pon akan pakai butter nie,mgkin rasa dia lg ummppp kot

wallahu'alam bissawab = dan allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
Pin It Now!

Wednesday, May 25

~puding strawberry~






last weekend aku pegi the curve street market.ada sorang aunty nie jual strawberry dari cameroon highland.

so aku pon apa lagik,borong lah..sebungkus dua :P

planning nak buat puding stowberry,
so nah ini untuk korang dengan penuh kasih dan sayang *gediks

resepi:puding strawberi

Bahan :

10gm agar-agar serbuk

400 ml susu cair

200 ml santan cair

400ml air

200 gr gula pasir

100 g strawberryi, potong-potong

1 sdt strawberry emulco

Cara Membuat :

1. masukkan serbuk agar,susu cair,santan dan gula,kacau hingga mendidih dan agar2 tadi larut.. Angkat.

2. Bagi adunan menjadi dua bahagian. Tambahkan strawberry emulco pada salah satu bahagian dan biarkan putih pada bahagian yang lagi 1.

3. sediakan acuan/loyang,susun buah strawberry mengikut kreativiti,tuang 3/4 adunan merah,sejukkan.

4. Tuang adunan putih hingga penuh, sejukkan kembali.

sedap dihidangkan sejuk

Pin It Now!

Monday, May 23

~devil's food chocolate cake~




ASSALAMUALAIKUM.........
hye hari nie nonie buat kek devil's food chocolate cake.best kek nie,chocolate cake topping ngan cream cheese nganchocolate ganache.
1st time makan, my SIL order dengan kawan dia...nyummeh...
so resepi nie nonie copy dr blog k.nor, k.nor ambik dr blog kak ayu.kak ayu ambi, dr blog kawan dia(panjang salasilah dia...)
so nonie just copy n paste jr

resepi:devils' food chocolate cake
sumber:kak nor
sumber kak ayu

Ingredients:-
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder-( Ayu used Valrhona cocoa powder)
3/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp salt
1/2 cup granulated sugar-Ayu used 1/4 cup
1/2 brown sugar- Ayu used 1/4 cup
65g butter
1 large egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only ya for this recipe)
1/2 cup warm water

Method:-
Set your oven at 170C
Prepare your cake tins.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked

Cream Cheese Frosting-(make 1/2 the amount next time)
250g Philadelphia cheese-(next time just use 1/2 this amount for the cream cheese)
125 butter
1 cup icing sugar-Ayu used 1/4 cup
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

Chocolate Ganache-(make 1/2 the amount next time)
200ml double cream with at least 30% fat content-I used whippping cream
250g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.
Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.
Sources:-From cupcakeschek.blogspot.com


SELAMAT MENCUBA...


Pin It Now!

Friday, May 20

~rona-roni makaroni~




assalamualaikum.. apa khabaq semua...makan apatue?
nonie baru lepas buat makaroni..bukan apa,nak habis kan stok cheese dalam esbok.
budak rumah nonie punya esbok tue,dia nak amik dah sebab dah pindah rumah baru..
jd itu esbok kena kasi clear
resepi nie dah lama dlm simpanan nonie,cuma nie baru first time buat.
sesapa nak try buat boleh copy resepi nie ok.


resepi:makaroni bakar
sumber:majalah(nonie x ingat)


bahan-bahan


  • 300g makaroni (rebus dan toskan-ikut arahan pada pek)

  • 500g ayam/daging cincang (nonie guna ayam)

  • 2cawan cheese (mozarella/parmesan/cheddar)

  • 1 biji bawang besar

  • 3 biji bawang putih

  • 1 cawan susu segar/susu cair

  • 1 sudu teh lada sulah

  • 1 sudu mix herbs(oregano ke apa2 ke,xnk letak pon xpe)

  • 1 kuib pati ayam

  • 4 biji telur

  • mix vege

  • garam secukup rasa (nonie xletak pon,sebab kuib ayam tue dh cukup masin.)

cara-cara



  1. panaskan minyak,tumis bawang merah dan bawang putih yg telah dikisar

  2. masukkan daging cincang dan biar sampai masak

  3. masukkan lada sulah,mix herbs dan susu.kacau.masukkan makaroni tadi dan kacau sampai sebati

  4. masukkan mix vege dan kuib ayam.masukkan garam jika kurang masin

  5. tutup api.masukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau makaroni

  6. masukkan makaroni ke dalam loyang

  7. taburkan cheese di atas makaroni

  8. bakar pada suhu 180 selama 30min atau keju bertukar perang



*nonie tolong makan separuh untuk korang

:D
Pin It Now!

Thursday, May 19

~sotong goreng tempura~


sedapnya sotong goreng nie,rangup sgt..
tempura nie boleh buat goreng macam-macam,seafood boleh sayur-sayuran pon boleh.nak buat tepung tempura nie senang jer

resepi:sotong goreng tempura

bahan-bahan
  • 500g sotong-dipotong ikut size yg anda suka
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cawan air sejuk
  • 1/8 sudu teh baking soda
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 3/4 cawan tepung beras
  • minyak untukmengoreng
cara-cara

  1. panaskan minyak
  2. pukul kuning telur
  3. masukkan air sejuk tadi ke dalam kuning telur
  4. masukkan bancuhan telur ke dalam campuran tepung
  5. masukkan sotong gaul rata
  6. sedia untuk digoreng

Pin It Now!

Wednesday, May 18

~parmesan cheese cake~

cheese cake guna resepi slice cheese cake,cuma tabur parmesan cheese kat atas.rasa masin2 cheese sikit.

resepi:parmesan cheese cake

bahan-bahan
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200ml susu segar
  • 70g butter
  • 70g tepung gandum (diayak)
  • 70g gula
  • 4biji telur (asingkan putih dan kuning
  • beberapa titik esen vanila
  • keju parmesan yg diparut untuk tabur kat atas kek
cara-cara
  1. panaskan susu dengan butter.masukkan chesse yg disiat2
  2. masak sampai cheese cair
  3. pukul putih telur dan gula sampai putih telur betul2 kembang (meringue)-kalau diterbalikkan bekas telur x jatuh
  4. dalam bekas lain pukul kuning telur sampai kembang
  5. masukkan kuning telur ke dalam aduanan cheese tadi
  6. masukkan tepung sedikit demi sedikit.gaul rata
  7. campurkan meringue ke dalam adunan tepung,kaup balik kan
  8. masukkan adunan kek ke dalam loyang,bakar pada suhu 170 selama 20minit atau sampai kek masak
  9. bakar secara teknik double boiler
kalau nak tengok gambar step by step boleh rujuk sini ye
Pin It Now!

~ayam bakar mayonis~




salam semua..apa menu lunch tadi..nonie buat ayam bakar nie,
nonie selalu buat ayam bakar ikut resepi nie
resepi asal dari vdia@myresepi
jom tgk bahan-bahan,mana tau boleh buat untuk dinner nanti

resepi:ayam bakar mayonis

bahan-bahan
  • 8 ketul drumstick
  • 1sudu besar mayonis
  • 1 kiub ayam
  • 1sudu besar kicap
  • 1sudu besar sos tiram
  • lada hitam-ikut pedas yer
  • 2 ulas bawang putih di tumbuk
  • 1/2cm halia ditumbuk
cara-cara
  1. peram semua bahan sekurang-kurangnya 30min.lagi lama perap lagi bagus
  1. pastue bakar..nak goreng pon boleh

SELAMAT MENCUBA
Pin It Now!

Tuesday, May 17

~menu diet~


nonie sesaja jer tempek menu nie,senang nk rujuk.
badan semakin hari semakin naik.huhu...camno cabaran 14 hari nie..hmmm
nonie ambik senarai nie dr web mr darkman . mohon copy n paste kat sini ye


Pilihan sarapan pagi ;

  • Semangkuk oat dan nescafe
  • Sekeping roti canai dan kuah dal dan secawan teh o
  • 2 keping roti mil penuh , 4 sudu tuna dangan timun dan salad serta air soya.
  • Semangkuk bijirin fiber dan secawan teh o
  • 2 ketul popia basah dan segelas teh o
  • 2 biji karipap kentang dan secawan nescafe 0
  • 2 keping roti bakar serta jam dan segelas susu.
  • 2 biji telur setengah masak dan secawan kopi.

Pilihan Makanan tengahari

Padankan dengan air suam dan minum segelas air sebelum makan

  • 1/2 senduk nasi dan 1/2 senduk kacang buncis goreng dan seketul ikan tongkol masak kuah.
  • 1/2 senduk nasi dan 1/2 ikan kembung bakar dan ulaman dan setengah sudu sambal belacan
  • Setengah senduk mee hoon goreng
  • 1 mangkuk kecil bubur ayam/ikan dan 1/4 telur masin
  • Kweyteow sup
  • 1/2 cawan makaroni goreng
  • 1/2 senduk nasi dan 1/2 ekor ikan masak halia (kukus) dan 1/2 senduk sayur campur.
  • 1/2 senduk nasi dan seketul ayam dada masak sup
  • 1/2 senduk nasi dan ayam dada masak paprik.
  • 1 senduk nasi satu mangkuk besar kerang rebus dan cili sos.
  • 1 senduk nasi,tauhu goreng dan satu senduk sayur campur.
  • 1 mangkuk mee wantan.
  • 1/2 mangkuk pasta
  • 1/2 senduk nasi putih, dan seekor ikan kerisi dan 1/2 senduk sayur kubis
  • 1/2 nasi goreng kampung dan lai chee kang
  • 1/2 nasi putih ,sambal tempe ikan bilis dan sup bayam.

Pilihan makanan ganti makan malam

  • 2 ketul popia basah dan jus tembikai.
  • 1 mangkuk rojak buah
  • Sanwich sardin dan segelas susu rendah lemak.
  • Sebiji buah naga
  • 5 keping biskut dan secawan milo panas.
  • 1 mangkuk salad buah.
  • Semangkuk tau fu fa
  • Satu biji jagung rebus.
  • Segelas jus tomato.
  • Seketul tahu sumbat dan segelas soya.
  • 1 ketul pau kukus dan susu rendah lemak
  • 1 cawan yogurt asli

P/s: Cuba sesuaikan makanan dengan selera anda supaya anda tidak mudah jemu! Menu diet sihat ini anda boleh ubah tetapi mengikut kalori yang sama.



semoga berjaya nonie :)
Pin It Now!

Monday, May 16

~bubur jagung~


salam petang,apa menu petang nie,nonie buat bubur jagung,nak habiskan jagung tin balance buat apam balik hari tue,
special nya bubur jagung nie pakai jagung tin jer,senang kan.

resepi:bubur jagung

bahan-bahan
  • 1 tin jagung manis
  • 4 sudu besar sagu
  • secubit garam
  • 100ml santan pekat (nonie pakai santan kotak)
  • 1liter air
  • 3 sudu besar gula merah
  • 5 sudu besar gula pasir
cara-cara
  1. basuh sagu dan toskan
  2. masukkan jagung,santan,air dan garam ke dalam periuk
  3. masak atas api sederhana sambil di kacau hingga mendidih
  4. masukkan sagu,gula merah dan gula pasir
  5. masak sehingga sagu bertukar jernih,sentiasa kacau
  6. siap untuk di hidangkan...
selamat mencuba

**air tue boleh adjust ikut korang nak pekat or cair**
**gula pon boleh adjust ikut manis korang **
Pin It Now!

Saturday, May 14

~apam balik~








selamat pagi...
dah sarapan semua?apa menu pagi nie..
nonie breakfast apam balik ...home made lg..nyummehhh,spesel punya..jagung lebih :)
puas hati kan kalau buat sendiri,boleh letak banyak mana yg kita suka...

jom tengok resepi apam balik nie.

resepi:apam balik

bahan-bahan
  • 2cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh baking powder
  • sedikit pewarna kuning
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • bahan tabur:kacang tanah dikisar/jagung
cara-cara
  1. mesin gula bersama telur hingga kembang.
  2. msukkan soda,baking powder,air dan pewarna kuning,mesin lagi sehingga sebati
  3. tuang ke dalam tepung yang telah di ayak,kacau sehingga sebati.
  1. gris permukaan kuali dengan minyak/mentega.
  2. sendukkan 1 senduk adunan,kemudian nipiskan.
  3. biarkan seketika,sementara menunggu masak,taburkan kacang dan jagung
  1. apabila sudah masak,lipat dua dan bolehla di angkat
selamat mencuba

p/s:agak2 apam balik aku leh lawan x apam balik brader kat bawah nie? *wink!


*gambar ehsan dari google
Pin It Now!

Everybody has a social creature inside them. Find out what berry are you today! #digiwhatberry

Everybody has a social creature inside them. Find out what berry are you today! #digiwhatberry Pin It Now!

Thursday, May 12

~alhamdulillah pj hujan....~



bahang.....seminggu nie panaskan..rumah rasa bahang...hujan x turun..rasa macam nak berendam dalam ais..
semua sedia maklum yg negara jiran kita Filipina di bahagian utara mengalami ribut tropika aere.
dalam paper pon ada kata yg benda nie berakhir dalam minggu nie...

alhamdulillah hari nie pj dah mula hujan...
walaupun sekejap...aku bersyukur sangat..pagi tadi kawan aku kat jb cakap tempat diaorg dah hujan...so tengah hari pj hujan,petang or malam sket perlis la pulak hujan...harap bersabar yer..
hihi dari selatan ke utara
**

**

**

**

**


gambar snap dari atas umah...basah sket jalan..alhamdulillah...

Pin It Now!

~pancake~








selamat pagi...
macam mana semalam ok?nonie 2-3 malamnie xleh tdo nyenyak..panas...korang panas x?
kipas dah habis pusing dh,takut kang kipas pon terbang hahaha
hope next week cuaca dah kembali ok kan...

pagi nie nonie buat pancake untuk breakfast.resepi nie nonie copy dari blog kak ina79.
mohon izin yer untuk paste kat sini plak.sedap pancake nya..gebu jer..pasnie xyah beli kat mcd lg dah

resepi:pancake
sumber:kak ina79

bahan-bahan
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • 3/4 cawan susu segar/susu cair-nonie pakai full cream milk
  • 1cawan tepung gandum
  • 1tsp baking powder
  • 1/4tsp garam
  • 25g butter-anggaran 1 sudu besar dicairkan

cara-cara
  1. pukul telur dan gula sehingga kembang.masukkan susu.(nonie blendkan jer semua bahan nie )
  2. masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan garam.kacau sebati masukkan butter yg telah dicairkan
  1. panaskan nonstick pan,ceduk adunan tadi dlm 1 senduk/2sudu besar ke dalam pan yg telah di griskan dengan butter/minyak.nonie x gris pon.
  2. apabila muncul buih2 kecil timbul dipermukaan pancake,bolehla di balikkan pancake tersebut


  1. kemudian angkat dan hidangkan
  2. nonie makan dengan butter dan madu

gebus x pancake saya :P


Pin It Now!

Tuesday, May 10

~homemade pasta sauce~



*nonie letak sosej sekali kat dalam tue


motip nak clearkan esbox.ada sebungkus daging kisar dalam tue,so decide nak buat spagetti untuk diner.homemade pasta sauce..

so bahan-bahan untuk buat kuah spagetti nie senang jer,bahan utama tomato dengan mix herbs

resepi:homemade pasta sauce

bahan-bahan
  • 1 tin tomato puree
  • 1 botol sos tomato
  • 10 biji tomato dicincang
  • 2 biji bawang besar (jenis putih)-dicincang
  • 3 ulas bawang putih-dicincang
  • 2sudu besar mix herbs
  • minyak masak kalau boleh pakai minyak zaitun
  • 2tin air (guna tin tomato puree untuk sukat)
  • daging cincang
cara-cara
  1. panaskan minyak di dalam periuk.tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu
  2. apabila bawang dah layu,masukkan daging
  3. masukkan tomato puree,buah tomato,tomato sos,air dan mix herb
  4. kacau sehingga mendidih
  5. apabila mendidih,slowkan api,renehkan selama 2 jam
Pin It Now!

Monday, May 9

~kek baldu merah~




dah lama pendam nak buat kek baldu merah nie a.k.a red velvet cake
nonie buat kek nie versi kek cawan
kalau google banyak link y kita dapat tuk resepi nie,semua lebih kurang sama jer bahan n cara dia
resepi yg nonie dapat nie dr website joyofbaking.
nonie wat cupcake dapat dlm 12pcs guna souffle cup size 'M'

resepi:kek baldu merah
resepi asal:
sumber:sini

bahan-bahan

1 1/4 cups (125 grams) sifted cakeflour (nonie pakai tepung gandum

1/4 teaspoon salt

1 tablespoons (10 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder(nonie gunaserbuk koko van-houtten)

1/4 cup (57 grams) unsaltedbutter, at room temperature

3/4 cups (150 grams) granulated whitesugar

1 large egg

1/2 teaspoon pure vanilla extract

1/2 cup (120 ml) buttermilk (nonie guna 1/2 cwn susu full cream dutch lady+1 sudu besar cuka biarkan 10minit)

1 tablespoon liquid red food coloring

1/2 teaspoon white distilled vinegar

1/2 teaspoon baking soda

Cream Cheese Frosting:

4 ounces (113 grams) cream cheese, room temperature

1/4 teaspoon pure vanilla extract

1/4 cup (30 grams) confectioners' (icing or powdered) sugar, sifted

1/3 cup (80 ml) cold heavy whipping cream(double cream) (35-40% butterfat)


cara-cara

  1. preheat oven to 175degree celsius
  2. in one container, sieve flour,baking powder and salt.set aside
  3. in a small container,combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste
  4. beat butter with sugar until light and fluffy,add the eg,beat until blended.add vanilla extract and cocoa powder mixture,beat until well blended.
  5. add in sifted flour and buttermilk
  6. add baking soda and vinegar to your batter.stir well
  7. divide the batter evenly among the 12 muffin cups.
  8. bake for 18-20mins
  9. cool the cake on wire rack for 10minutes
  10. lets coolcompletely before frosting
cream cheese frosting
  1. beat the cream cheese until smooth
  2. add vanilla and confectoner sugar beat until smooth
  3. add the heavy cream and whip until the frosting is thick enough to pipe
  4. add more sugar or cream as needed to get the right consistency

da settle..nyuummmm

Pin It Now!

~selamat hari ibu~



"ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku,kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku sejak dari kecil lagi" amin....

masih belum terlambat untuk aku ucap selamat hari ibu buat semua ibu-ibu di luar sana...
selamat hari ibu,mak ;hjh Zauyah binti Othman.
terima kasih untuk segala pengorbanan mak dan abah telah lakukan untuk kami adik beradik T-T (sebak tetiba)
sesungguhnya syurga di telapak kaki ibu...
ucapan terima kasih ini tidak dapat menandingi kasih&pengorbanan mak&abah

SELAMAT HARI IBU SEMUA

mak bersama 3 orang anak gadis nya :)
Pin It Now!

Tuesday, May 3

Super Chewy Brownies


*nie rupa brownies sebelum di bakar


resepi nie nonie dapat dr website Nicko kitchen. actually resepi nie untuk chocolate cake,tapi bila buat jadi brownies,so resepi chocolate cake mamat nie dah bertukar jadi brownies.
tuela kan,kadang-kadang tue bila kita ambik resepi dari internet x semua menjadi..tapi habis juga..okla dr buang terus kan..

jom tengok bahan-bahan untuk Super Chewy Brownies nie

RESEPI:Super Chewy Brownies
SUMBER:nicko kitchen(resepi asal choc.cake)

250g butter, chopped
200g dark chocolate, chopped
2 cups caster sugar
2 eggs, lightly beaten
1 cup self-raising flour, sifted
1 1/2 cups plain flour, sifted
1/4 cup cocoa powder, sifted
1/4 cup water
50g walnut(nonie tambah :P)

cara-cara
  1. cairkan butter,chocolate dan gula
  2. apabila butter dan chocolate dan gula telah cair masukkan air,gaul sebati dan sejukkan
  3. apabila adunan butter dan choc sudah sejuk,masukkan telur yang telah dipukul.gaul sebati
  4. masukkan tepung,serbuk koko dan gaul sebati
  5. masukkan dalam loyang bakar suhu 180c selama 40minit

selamat mencuba
Pin It Now!

Monday, May 2

puding susu coklat dutch lady



cuaca panas macam nie bila dapat makan puding sejuk-sejuk rasa segar je kan tekak..
kali nie n3 nonie psal puding coklat..sedap banget makan time panas2 cenggini...


Bahan

10 gm serbuk agar-agar
3 cawan air
1 cawan gula
1 sb serbuk koko + 1/2 cawan air
1 liter susu coklat DUTCH LADY


Cara
1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan bancuhan koko.
3. Masakkan sehingga mendidih. Tutup api.
4. Masukkan susu coklat dan kacau rata.
5. Tuangkan adunan dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk.

Pin It Now!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

xchange