advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (2) apam (2) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) Birthday (1) biskut (2) brownies (5) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cookies (1) cream (1) Cream puff (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (19) diet (2) dinner (1) doorgift (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (26) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (6) panggang (2) party (1) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) polkadots (1) potato (1) puding (9) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (3) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (8) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (19) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Tuesday, June 28

wordless wednesday #ww

Pin It Now!

Sunday, June 26

~yee mee kung fu~




assalamulaikum....

waa chaaaaaaaaaaa...tuan rumah berkungfu???
adeh sempuutttttt (dah lama x excercise)
last weekend nonie p family day opis kat PD masa breakfast ada menu nie.
memang sedapla tambah makan kat cafe dia sebelah kiri kolam,sebelah kanan laut.
lagila berselera breakfast pagi tue ^_^

so bila dah balik kl godek2 kat dapur ada yee mee.
kat rumah memang spare stok yee mee nie,apa lagi decide la nak buat yee mee kung fu nie

jom kita berkungfu kat dapur


resepi: yee mee kung fu

bahan-bahan
  • yee mee
  • sayur (khailan,carrot,kubis,baby corn etc)
  • ayam
  • udang
  • sotong
  • fish ball.fish cake
  • telur
  • tepung jagung
  • air
  • sos tiram
  • serbuk cukup rasa
  • bawang putih(diketuk)

cara-cara
  1. panaskan minyak.tumis bawang putih sehingga kekuningan
  2. masukkan sotong,ayam dan udang
  3. masukkan air.air bergantung pada banyak mana korang nak kuah tue nanti
  4. masukkan sos tiram dan serbuk cukup rasa
  5. apabila kuah dah mendidih masukkan sayur
  6. kemudian masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan air
  7. apabila kuah mula memekat,masuk telur dan kacau
  8. padam kan api.tuang ke atas yee mee
  9. hidang panas-panas

enak di makan bersama cili dan kicap.selamat mencuba ya

Pin It Now!

~nasi goreng seafood~


assalamualikum.......
selamat pagi.makan apa tue?pagi nie nonie buat nasi goreng ja..
letak ayam,udang ngan sotong.
jadilah nasi goreng seafood
nasi goreng nie senang jer nak buat macam nasi goreng biasa tue

resepi:nasi goreng seafood
sumber :nonierahman

bahan-bahan
  • 1 cawan nasi sejuk
  • bawang merah dan bawang putih-di hiris
  • sos tiram
  • sos cili
  • cili padi
  • udang
  • sotong ayam
  • mix vege
  • telur

cara-cara
  1. panasakan minyak.tumis bawang tadi
  2. masukkan ayam,sotong dan udang.goreng separuh masak
  3. masukkan sos cili dan sos tiram.gaul rata
  4. masukkan nasi
  5. pecahkan telur.gaul rata
  6. masukkan mix vege dan cili padi.goreng seketika
  7. sedia untuk di hidang




Pin It Now!

Wednesday, June 22

flat rice noodles in tom yum soup






tetiba rasa nak makan noodles in tom yum sup ala-ala secret recipe...
so nonie beli flat rice noodles dekat supermaket.
untuk resepi tom yam nonie pakai pes jer

jom tengok resepi

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)


cara-cara
  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
  7. Tuang ke atas mee yg di celur tadi.




koteaw yang nonie guna...
Pin It Now!

Monday, June 20

senyum kambing


nonie just nak share email yg kawan nonie antar..memang kelakar la cite dia
^___^

Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah.
Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas.
Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais. Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free.

Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt satu window tanya password.. "Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas. "Yes boss?" "Sini wifi aper dia punya password?" "Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt window mintak password. "Ok mamak, sekarang you bagi apa password" "Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga. Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan. Lantas gua tekan 'OK' Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak. "Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!" "Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar" "You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2 sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala. "Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia. Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul 'tujuh empat kali' boleh tak?"
Pin It Now!

Life is like a journey. We drive through humps, potholes, highways.. you name it. Find out how DJ Lin lead his life with #protonpersona

Life is like a journey. We drive through humps, potholes, highways.. you name it. Find out how DJ Lin lead his life with #protonpersona Pin It Now!

~mango mousse~




assalamualaikum....
menu pencuci mulut masih menggunakan bahan asas;mangga/mempelam
sekarang memang musim mempelam kat kampung
resepi nie nonie ambik dari kak yani@myresipi.
memang marbeles lah :)

resepi: mango mousse
sumber:yani@myresipi

bahan-bahan
  • 200g yogurt tanpa perisa
  • 100ml susu segar
  • 1-2 biji mangga
  • 16 g gula
  • 5g gelatin+ 1 sudu besar air panas
cara-cara
  1. masukkan semua bahan kecuali gelatin ke dalam blender.mix hingga sebati
  2. masukkan gelatin,mix dalam1-2 minit
  3. tuang dalam acuan.sejukkan dalam peti sejuk
  4. boleh hias dengan mangga yg di potong dadu sebelum di makan


*settle dalam beberapa minit
^________^
Pin It Now!

~makaroni goreng~



assalamualikum..
selamat pagi...breakfast apa tue?
semalam tgk makaroni goreng kat umah kak nor betul-betul menggugat iman :P
so nonie pon decide nak buat makaroni goreng ikut apa bahan yg ada
kebetulan ada lebih makaroni masa buat makaroni bakar hari tue
dalam peti xda la pulak sayur nak letak dalam makaroni goreng nie,so nonie decide letak jer apa yg ada,nonie letak tauhu goreng dengan fish cake.dah macam makaroni goreng ala-ala mamak gitu :)
resepi nonie ikut resepi mee goreng yg sebelum nie

resepi-makaroni goreng

bahan-bahan:
  • bawang besar
  • bawang putih
  • cili giling@cabai boh
  • ayam/sotong/daging
  • kicap manis
  • fish ball
  • sos cili
  • sos tiram
  • kicap pekat
  • sawi/taugeh
  • daun sup/daun bawang
  • telur
  • mee

cara-cara
  1. panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih yang telah digiling dan cili giling
  2. kemudian masukkan sos cili,sos tiram,kicap pekat,kicap manis
  3. kemudian masukkan ayam/daging/sotong masukkan sedikit air kemudian biarkan bahan2 tadi sehingga masak
  4. kemudian masukkan secubit gula dan masukkan mee
  5. masukkan sayur dan tutup api
  6. hias dengan bawang goreng
Pin It Now!

Wednesday, June 15

~mango panna cotta~





assalamulaikum....
teringin nk buat resepi nie bila tgk kat blog k.nor.
kebetulan ada mempelam harum manis bawa dari kampung...
memang best la..rasa mcm dadih susu pon ada.plus manis dan harum mempelam tue memang terbaek!

so nonie copy n paste resepi dr blog k.nor kat sini
manggo panna cotta
sumber :k.nor

Ingredient:

7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water
2 ½ cups full cream milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
1 ripe mango – cut into small cubes or puree

1. Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom.
2. Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan.
3. Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved.
4. Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree.

*resepi x dapat byk sgt.dpt 4 cawan jer,so sesapa yg nk buat dalam kuantiti banyak boleh gandakan ok.
Pin It Now!

~puding tembikai susu~






assalamulaikum...
kali nie nak cuba kelainan dalam resepi puding nie,nak buat puding tembikai susu...
best sangat puding nie..wangi jer bau tembikai susu tue ^______^

bahan-bahan:
  • 1 1/2 peket agar-agar bertali
  • 1/2 biji tembikai susu-yg jenis lembut warna hijau-di blend bersama 1 liter air
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 1 sudu kecil esen pandan
  • 4 sudu besar creamer coffeamate
  • 6 sudu besar gula
  • pewarna hijau
  • air secukupnya
cara-cara
  1. basuh dan rendam agar-agar strip sehingga lembut
  2. masukkan agar-agar ke dalam periuk dan masukkan air cukup sekadar melebihi paras agar-agar
  3. masak agar-agar sehingga hancur
  4. masukkan gula
  5. masukkan tembikai susu yg di blend tadi
  6. masukkan susu sejak dan creamer
  7. padamkan api
  8. masukkan esen pandan dan pewarna hijau.gaul rata
  9. tuang ke dalama acuan
  10. sejukkan di dalam peti sejuk
  11. sedia untuk dihidang

Pin It Now!

Tuesday, June 14

~mee goreng~


assalamulaikum...
masih lagi bersiaran dari kampung...
hari nie mak goreng mee untuk dinner....memang best lah..
yer la mak kita yg masak kan :)

resepi:mee goreng
sumber:hjh.zauyah

bahan-bahan:
  • bawang besar
  • bawang putih
  • cili giling@cabai boh
  • ayam/sotong/daging
  • kicap manis
  • fish ball
  • sos cili
  • sos tiram
  • kicap pekat
  • sawi/taugeh
  • daun sup/daun bawang
  • telur
  • mee

cara-cara
  1. panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih yang telah digiling dan cili giling
  2. kemudian masukkan sos cili,sos tiram,kicap pekat,kicap manis
  3. kemudian masukkan ayam/daging/sotong masukkan sedikit air kemudian biarkan bahan2 tadi sehingga masak
  4. kemudian masukkan secubit gula dan masukkan mee
  5. masukkan sayur dan tutup api
  6. hias dengan telur dadar
Pin It Now!

kenduri kesyukuran




assalamulaikum...
last week balikkampung,
ada kenduri kesyukuran sikit...
bila ada kenduri,ada la makan-makankan?...
nonie nak share menu yg kitaorg mkn hari tue

  • ayam kampung
  • gulai daging dengan rebung
  • air asam perut dengan tomato
  • udang masak apa tah :P
memang best la sebab makan ramai-ramai n gotong royong masak-masak

Pin It Now!

Friday, June 3

~sup tulang~




balik kampung mak buat sup tulang,sup nie memang favourite abah..
1st day sampai kampung dah ada menu sup tulang.sehari sebelum balik kl mak buat lagi sup tulang.
sekarang dah jadi favourite cucu-cucu pulak..
xde resepi rahsia,mak buat pakai bunjut sup tulang tue jer,tapi sekejap jer licin ^____^


bahan-bahan

daging tulang
air
halia
sup bunjut
garam
daun sup,daun bawang untuk hiasan

cara-cara
masukkan ke semua ke dalam periuk kecuali dedaun
rebus sampai masak.perasakan dengan garam.siap!



Pin It Now!

Wednesday, June 1

~ikan bawal masak cuka~


adeh...bila nak buat entry nie teringat-ingat ikan masak cuka kat kampung hari tue..
mak selalu buat masak cuka ikan bila ada ikan goreng yang tak habis di makan..
kali nie mak buat ikan bawal masak cuka.ikan bawal abah beli kat pasar kat Thailand.besaq-besaq juga size bawal dia.mak buat 3 ekor di potong 2.ikan masak cuka nie makan dengan nasi panas-panas,perghhhh....TERBAIK!!!


RESEPI-IKAN BAWAL MASAK CUKA
SUMBER-HAJAH ZAUYAH (MY MUM :D)

bahan-bahan
  • 3 ekor bawal (boleh guna ikan lain pon ok,kembung ke)
  • 3 biji cili hijau/merah-dibelah 2
  • 1 biji bawang besar-belah 4
  • sedikit halia dimayang
  • 3 ulas bawang putih-dimayang
  • 3 ulas bawang merah-dimayang
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 biji timun
  • gula
  • garam
  • 1cawan cuka
  • 4cawan air
cara-cara
  1. ikan bawal di basuh dan digoreng.ketepikan
  2. masukkan sedikit minyak,tumis bawang putih,bawang merah dah halba sehingga naik bau
  3. masukkan air,bawang besar,cili,mentimun.kemudian tuang cuka,gula dan garam.
  4. biarkan sehingga mendidih.masukkan ikan.tutup api
  5. sedia untuk di hidang
*boleh letak kacang panjang,dan carrot.
*kalau lagi lama lagi sedap :)
Pin It Now!

~balik kampung..hoho balik kampung~













salam semua...
kali nie xdak entry masak2 sebab nonie balik kg,
ada kenduri sedara 29mei.pastue banyak juga jemputan kenduri yg lain..
bila dah balik kampung,dapur bujang x berasap la...
minta mak masakkan...nanti nonie share menu yg mak nonie masak k.

kat bawah nie gambaq anak buah nonie...korang layannnn la k







*lepas balik bendang basuh kaki okey

Pin It Now!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

xchange