advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (1) apam (1) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) biskut (2) brownies (4) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cream (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (18) diet (2) dinner (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (23) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (5) panggang (2) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) potato (1) puding (8) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (2) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (7) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (17) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Thursday, October 27

~baked macaroni~




ASSALAMULAIKUM...

hari nie nonie off day,sebab semalam keja malam.so rajin la sikit nak masak kan.
kebetulan keluarkan oven sebab nak siapkan tempahan kek karamel,so ambik peluang la buat makaroni bakar.

resepi nonie guna resepi nonie yg sebelum nie.cuma kali nie tambah serbuk kari untuk bagi rasa lagi pedas

RESEPI:baked macaroni
SUMBER:nonierahman.blogspot.com

bahan-bahan
  • 300g makaroni di rebus
  • 500g daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan susu segar
  • 1sudu teh lada sulah
  • 1 sudu besar mix herbs
  • 1 kiub pati ayam
  • 4 biji telur
  • mix vege-nonie guna capsicum merah dan kuning.
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • sosej

cara-cara
  1. panaskan minyak,tumis bawang merah dan bawang putih yg telah dikisar.
  2. masukkan daging cincang dan goreng sehingga masak,
  3. masukkan lada sulah,serbuk kari,mix herbs dan susu.
  4. masukkan mix vege,kuib ayam dan makaroni,gaul rata
  5. tambah garam jika kurang masin.
  6. tutup api.masukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau makaroni

7.masukkan makaroni ke dalam loyang dan tabur kan cheese.bakar pada suhu 180 selama 30min

    Pin It Now!

    Wednesday, October 26

    Every husband should read this

    Love her...when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.
    Love her...when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).
    Love her...when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
    Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you
    Love her...when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.
    Love her...when her cooking is bad. She tries.
    Love her...when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.
    Love her...when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.
    Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.
    Love her...when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.
    Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.
    Love her...when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.
    Love her...when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.
    Love her...when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay
    Love her...when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)
    Love her...when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass
    Love her...when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway
    Love her...when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.
    Love her...when she argues. She only wants to make things right for both
    Love her...she is yours. You don't need any other special reason!!!!
    All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.
    The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:
    Treat the women well
    The best of you are those who are the best in the treatment of their wives





    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Pin It Now!

    Tuesday, October 25

    Dinner tonite

    Housemate nonie buat.jemput makan.....





    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Pin It Now!

    ~rezeki KEK KARAMEL lagi~



    ASSALAMUALAIKUM...


    hari nie kena siapkan tempahan 2 biji kek karamel.
    macam mana nie peti sejuk den kocik jer.gilir2 jer la eh masuk peti. :)

    layan gambar kek yang nonie buat minggu lepas


    xde keja main warna


    pastue lorek2 bagi kasi ada corak






    tapi bila dah telangkup,gini hasil kejadiannya...corak entah ke mana :)
    Pin It Now!

    Monday, October 24

    Makanan eksotik

    Telur penyu sapa penah makan? :)
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Pin It Now!

    ~SPAGETTI GORENG dan cerita hujung minggu~





    ASSALAMUALAIKUM...

    apa khabar semua..
    dah makan malam?dah lewat pon kan,masing-masing pon dah nak masukm tidur.
    nonie baru nak tempek resepi hee....

    nonie baru balik dari terengganu weekend hari tue...

    sekarang musim hujan kan..on the way dari kl sampai kuantan hujan sangat lebat,dah la bawa kereta sorang2.seriau jugak la..rasa macam nak berhenti dulu je..
    tapi teruskan jugak.

    sampai kuantan ambik en.tunang kitaorg makan malam dulu sebelum bertolak ke terengganu.
    makan bakso dekat area taman tas.


    best kan :)
    memang best la bakso nie.dia punya bebola daging tue pon sedap..samapi sekarang teringat-ingat.first time makan situ,ingat time on the way balik kl nak singgah,tapi sampai kuantan dah lewat,kedai dah tutup..next time la kalau ada rezeki :)

    dekat terengganu hari sabtu pagi hujan turun...bila hujan rasa malas nak keluar.tapi disebabkan banyak urusan nak kena settle terpaksa la juga..
    pergi seberang takir,pastue balik singgan pasar payang cari kain dengan dodol daun palas.
    dodol nie favourite mak abah nonie,nak bawa balik kg raya haji nanti,

    dodol daun palas-google

    lepas tue balik singgah pasar chabang tiga(rasanya betul nama tue dah lupa)kekonon nak cari nekbat.
    terguda bila tengok nekbat kat umak kak nor ganu.tapi xde,next day pergi lagi,sekali mak cik yg meniaga situ cakap nekbat bulan puasa jer ada,jadi xde rezeki lagi la...

    plan balik terengganu nak p cari apam telur,tapi semua org buat dek jer bila nonie request nak makan apam telur.sedey...xde rezeki lagi,xpe la next time boleh cari..tapi frust jugak la memang dah dok teringin lama dah...

    so hari nie dah ada kat kl,rutin kerja macam biasa.malam nie buat spagetti goreng.campak2 jer apa yg ada dalam esbok

    so nonie share resepi spagetti goreng kat sini k

    RESEPI:SPAGETTI GORENG

    bahan-bahan
    • spagetti direbus dan ditoskan
    • 2 ulas bawang merah-ditumbuk
    • 2 ulas bawang putih-ditumbuk
    • 1 biji tomato dipotong dadu
    • 1/2 biji capsicum-dihiris
    • 2 sudu besar cili giling
    • 1sudu besar kicap
    • 1sudu besar sos tiram
    • 2sudu besar sos cili
    • 2sudu besar sos tomato
    • udang,ayam
    cara-cara
    1. tumis bawang sehingga naik bau
    2. masukkan daging ayam dan udang,goreng seketika
    3. masukkan cili kisar kacau sehingga naik bau.masukkan sos dan kicap
    4. masukkan tomato dan capsicum
    5. masukkan spagetti goreng sehingga sebati
    6. sedia untuk dihidang


    Pin It Now!

    Wednesday, October 19

    ~kek karamel lagi~

    ASSALAMUALAIKUM...
    dah makan malam semua..
    petang tadi nonie buat kek karamel lagi..
    masuk nie dah 3 kali buat kek karamel.
    esok buat lagi.ada org tempah.alhamdulillah...

    untuk kek karamel nie nonie guna resepi dari blog kak anna.lapisan karamel dia lagi tebal berbanding resepi yg sebelum nie..

    terima kasih yer kak anna kerna sudi share resepi kak karamel yg karamel dia lagi tebal nie..
    puas sikit makan.tapi terpulang la pada yang nak mencuba nak resepi yg nie ke yg asal.




    nampak kan karamel dia lg tebal :)

    kek karamel
    resepi: Puan Munira Baharom
    sumber: Kak anna

    Bahan-bahan : Loyang 22cm
    (A)-Gula Hangus
    • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
    • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
    • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
    (B) - Bahagian Atas
    • 1 cawan susu cair
    • 1 cawan susu pekat manis
    • 1 sudu teh esen vanila
    • 3 bj kuning telur
    • 2 biji telur (putih & kuning)

    (C) - Lapisan Kek
    • 140 gm tepung gandum
    • 70 gm gula kastor
    • 3 bj kuning telur
    • 135 ml air biasa
    • 1 sudu teh baking powder
    • 45 ml minyak msk
    • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)

    D) Merinque
    • 6 bj putih telur
    • 70 gm gula kastor
    • 1 sudu teh krim of tartar
    Cara-cara :
    • Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
    • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
    • Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
    • Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.
    • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
    • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
    • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
    • masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
    • Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak
    • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
    • Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
    • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
    • Sedap dimakan sejuk.

    selamat mencuba ya!



    Pin It Now!

    Tuesday, October 18

    ~kuah kacang~



    ASSALAMULAIKUM..
    apa khabar semua,weekend hari tue nonie buat kuah kacang resepi kak ummi.
    mmg bestla makan dengan nasi impit.nasi impit beli yg segera jer rebus.x rajin nak buat sendiri.heee
    so nonie letak resepi kuah kacang kak ummi kat sini yer



    KUAH KACANG
    SUMBER: kak ummi

    Bahan:-
    • 500 gm kacang tanah (jenis kecil), digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar/tumbuk halus
    • 8 sudu besar cili kering yg dikisar
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 4 batang serai - diketuk
    • 1 inci lengkuas - diketuk
    • 3 sudu besar udang kering - rendam dan tumbuk
    • 1/3 cawan air asam jawa
    • 1500 ml air/secukupnya
    • 1 ketul (3/4 cawan) gula melaka - dicincang halus
    • gula pasir secukup rasa
    • garam secukup rasa
    • 1/4 cawan minyak masak
    Bahan Kisar Halus:-
    • 10 ulas bawang merah
    • 1 biji bawang besar
    • 2 ulas bawang putih
    • 3 batang serai - diambil bhg putihnya
    Cara Memasak:-
    1. Panaskan minyak dalam periuk yang sesuai, tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau.
    2. Masukkan cili kisar dan sedikit air, masak hingga naik minyak.
    3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, lengkuas dan udang kering.
    4. Masukkan sedikit air (jika terlalu kering), gula melaka, gula pasir dan air asam jawa. Kacau sebati.
    5. Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk/kisar tadi dan gaul rata sebentar.
    6. Masukkan sebahagian dulu air dan masak kuah kacang hingga agak pekat. Tambah lagi air selebihnya dan garam secukup rasa. Masak lagi dengan api sederhana hingga kuah benar-benar pekat dan naik kemerahan. (sebenarnya lagi lama lg bagus, biar kacang pun pecah minyak)
    7. Akhir sekali seimbangkan rasa dan tutup api. Sedia untuk dihidang dgn nasi impit/jemput-jemput udang pun boleh..


    yg nie nonie makan dengan sate goreng.ngeeee
    Pin It Now!

    ~pancake mayonis~



    ASSALAMUALAIKUM...
    nie nonie nak share resepi pancake,buat dah lama dah weekend hari tue.
    nie baru nak letak sini.
    pancake nie mmg gebu betol.
    x caya?tgk gambar kat bawah nie?


    gebu tak? :)
    thanks untuk kak hana for the resepi.
    dan untuk kak izzah n kak mas sbgai rujukan..



    PANCAKE MAYONIS
    Resepi : Kak Hana
    Bahan :
    • 1 1/2 cwn tepung naik sendiri (SRF)
    • 1 sudu teh (tsp) baking powder
    • 3 sudu besar gula caster (tbsp)
    • secubit garam
    • 60g butter - dicairkan
    • 1 cawan susu segar
    • 2 biji telur saiz XL (59g)
    • 1-2 sudu besar mayonis - Mas letak 2 sudu
    Cara membuatnya :
    1. Dalam mangkuk kecil, cairkan butter. Add susu segar and telur ke melted butter and mix them well.
    2. Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung naik sendiri + baking powder.
    3. Add gula caster and garam and mix it. Then buat lubang di tengah2 and add the melted butter,susu n telur, juga mayonis. mix menggunakan whisk biasa, just whisk it until smooth.
    4. Tinggal kan adunan sekejap lebih kurang 20 minutes.
    5. Gunakan non stick pan and api sederhana, masak pancake seperti biasa.
    Pin It Now!

    Friday, October 14

    ~homemade tau foo faa;nonie style ~




    ASSALAMULAIKUM SEMUA....

    nonie nak share resepi dessert yg sangat best,puding kacang soya atau tau foo faa..
    sangat senang nak buat.nanti cuba la k.



    homemade tau foo fa
    resepi:nonierahman
    bahan-bahan
    • 4 cawan air soya(nonie guna soya kotak)
    • 1 sudu besar serbuk agar-agar
    • 1/2 cawan air
    • 2 sudu kecil esen vanilla

    nak nonie suap? :)

    cara-cara
    1. panaskan susu soya.biarkan sekali mendidih.tutup api.
    2. dalam periuk berasingan,panaskan air.masukkan serbuk agar-agar.masak sehingga serbuk agar-agar tadi larut.
    3. apabila agar-agar sudah larut.masukkan air soya tadi dan esen vanilla.
    4. tuang ke dalam bekas dan boleh la disejukkan.biarkan sejuk seketika pada suhu bilik.kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam



    untuk air gula

    bahan-bahan
    • 300g gula kabung
    • 100g gula pasir
    • 250ml air
    • 2 helai daun pandan.
    cara-cara
    1. masukkan semua bahan ke dalam periuk.masakkan sehingga gula larut.sejukkan...

    makan sejuk-sejuk memang OLE!

    terima kasih pada yang telah mencuba

    Pin It Now!

    ~lala sos pedas~


    ASSALAMULAIKUM...
    selamat tengah hari geng..hee....
    masak apa tue untuk makan tengah hari?
    hmm nonie tak tau lagi nak mamam apa tengah hari nie.

    nie nak kongsi resepi dari dapur kaknor ganu hihi..nonie buat makan malam tadi.
    lala nie antara makanan laut kegemaran nonie,ada orang panggil retak seribu.
    lala dengan retak seribu nie sama ke lain? nonie pon tak pasti.

    hari tue tengok kak izzah daut buat,amboi betul-betul menyelerakan.
    nonie pon x nak lepas peluang la nak cuba.
    hasilnya memang marvelous.

    sedap ratah..tapi lala nonie beli nie isi kecik sgt,x puas.


    LALA SOS PEDAS
    resipi asal : K.Nor@SecubitGaram
    sumber:k.izzah daud

    Bahan:
    1kg lala ~ dibersihkan dan toskan
    3 ulas bawang putih ~ diketuk
    1 in halia ~ dihiris spt batang mancis
    2 batang serai ~ dihiris serong
    1 sudu besar cili mesin
    1 sudu besar kicap manis
    2 sudu besar sos tiram
    2 sudu besar sos cili thai
    2 sudu besar sos ikan
    2 helai daun limau purut ~ dicarikkan
    sepokok daun ketumbar ~ dihiris
    1 bj cili merah ~ dihiris
    1 biji limau kasturi/nipis
    1/4 cawan air
    garam
    gula
    minyak

    Cara:
    Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
    Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga cili garing.
    Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili thai dan sos ikan .
    Kacau seketika dan masukkan air.
    Biarkan hingga mendidih dan masukkan lala, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
    Tutupkan kuali dan biarkan lala masak (sehingga kulit lala berubah warna kemerahan)
    Masukkan daun ketumbar, jus limau dan cili merah.
    Padamkan api dan kacau.
    Angkat dan hidangkan bersama nasi putih
    Pin It Now!

    Wednesday, October 12

    wordless wednesday #ww





    Pin It Now!

    Tuesday, October 11

    ~CHOCOLATE CORNFLAKES MACAROONS~



    ASSALAMUALAIKUM...

    dah makan malam semua...

    nie nonie nak share resepi kukies ambik kat umah bro rozzan.

    resepi memang best.rangup sangat.pastue bila letak cornflakes tue wangi jer bau dia..

    kukies nie buat 2 minggu lepas.dah habis dah pon hehe...

    ok nonie share resepi kat sini pulak k

    ~CHOCOLATE CORNFLAKES MACAROONS~
    sumber:bro rozzan

    Bahan-Bahan
    280 gm cornflakes (atau almond flakes)
    100 gm choc renchoco/choc chips
    255 gm gula halus
    115 ml putih telur(dalam 4 biji telur sedang)
    ½ sudu teh esen vanilla
    ½ sudu teh garam halus

    Cara-Cara:


    Pukul putih telur hingga naik.

    Masukkan garam dan gula lalu pukul terus hingga pekat.

    Kemudain masukkan cornflakes. choc chips dan vanilla. Gaul rata-rata. Anda boleh juga masukkan kira-kira 50 gm kacang( seperti badam, walnut, hazelnut, etc).
    Setelah itu masukkan ke dalam acuan cupcakes yg kecil dan bakar hingga masak dan rangup dgn suhu ketuhar sekitar 170 darjah Celsius selama kira-kira 25 - 30 minit (tergantung kpd ketuhar anda).


    Pin It Now!

    Monday, October 3

    ~daging kicap berlada~


    ASSALAMUALAIKUM....

    daging kicap nie nonie buat masa lunch semalam.resepi ambik dari umah kak dayang.
    kak dayang buat versi ayam.nonie tukar wat daging.best!
    rasa pedas2 dia tue meletups :)

    kak dayang minta izin yer share sini.


    RESEPI:AYAM KICAP BERLADA
    SUMBER: kak dayang

    • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)-nonie guna 500g daging dihiris
    • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
    • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
    • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
    • 1 sudu makan kicap pekat
    • 1/2 sudu makan sos tiram
    • sedikit kicap manis
    • sedikit hirisan daun sup
    • sedikit madu/gula dan garam
    • sedikit air asam jawa
    • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
    bahan-bahan kisar :
    • 5 biji bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 batang serai
    Cara-cara :
    1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam.
    2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
    3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
    4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata.
    5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
    6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan.
    7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!





    Pin It Now!

    Sunday, October 2

    ~puding kasih bertaut~





    ASSALAMULAIKUM...

    apa khabar semua?kali nie nonie nak share 1 lagi menu yang nonie bawa masa jamuan opis hari tue.
    nonie buat puding kasih bertaut.kekonon jer la.sebab nonie gantikan jelly nata kat dalam tue.malas punya pasal hihi.
    terima kasih untuk kak nadz sebab share resepi yg best nie.

    ok nonie letak resepi original nya kat sini ei,kot2 nnt rajin nak buat yg betul2 punya

    PUDING KASIH BERTAUT
    SUMBER:kak nadz

    Bahan-bahan A :
    • 1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
    • 300 ml air
    • 200 ml santan
    • 1/2 cawan gula
    • 1 biji telur
    • 2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)


    Cara-cara :
    1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
    2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
    3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
    4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

    Bahan-bahan B :
    • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
    • 1 liter air
    • 1/2 cawan gula pasir
    • 100 gm gula Melaka atau nise
    • 2 helai daun pandan (disimpulkan)


    nie la jelly nata yg nonie guna

    Cara-cara :
    Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

    Cara menyediakan puding :
    Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

    NOTA :
    • Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
    • Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.
    SELAMAT MENCUBA!



    dah selesai....
    Pin It Now!

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    advL

    iklan

    food buzz daily special

    Facebook Share

    xchange