advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (2) apam (2) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) Birthday (1) biskut (2) brownies (5) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cookies (1) cream (1) Cream puff (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (19) diet (2) dinner (1) doorgift (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (26) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (6) panggang (2) party (1) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) polkadots (1) potato (1) puding (9) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (3) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (8) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (19) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Tuesday, October 18

~kuah kacang~



ASSALAMULAIKUM..
apa khabar semua,weekend hari tue nonie buat kuah kacang resepi kak ummi.
mmg bestla makan dengan nasi impit.nasi impit beli yg segera jer rebus.x rajin nak buat sendiri.heee
so nonie letak resepi kuah kacang kak ummi kat sini yer



KUAH KACANG
SUMBER: kak ummi

Bahan:-
  • 500 gm kacang tanah (jenis kecil), digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar/tumbuk halus
  • 8 sudu besar cili kering yg dikisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 batang serai - diketuk
  • 1 inci lengkuas - diketuk
  • 3 sudu besar udang kering - rendam dan tumbuk
  • 1/3 cawan air asam jawa
  • 1500 ml air/secukupnya
  • 1 ketul (3/4 cawan) gula melaka - dicincang halus
  • gula pasir secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak
Bahan Kisar Halus:-
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang serai - diambil bhg putihnya
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk yang sesuai, tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan sedikit air, masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, lengkuas dan udang kering.
  4. Masukkan sedikit air (jika terlalu kering), gula melaka, gula pasir dan air asam jawa. Kacau sebati.
  5. Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk/kisar tadi dan gaul rata sebentar.
  6. Masukkan sebahagian dulu air dan masak kuah kacang hingga agak pekat. Tambah lagi air selebihnya dan garam secukup rasa. Masak lagi dengan api sederhana hingga kuah benar-benar pekat dan naik kemerahan. (sebenarnya lagi lama lg bagus, biar kacang pun pecah minyak)
  7. Akhir sekali seimbangkan rasa dan tutup api. Sedia untuk dihidang dgn nasi impit/jemput-jemput udang pun boleh..


yg nie nonie makan dengan sate goreng.ngeeee
Pin It Now!

2 comments:

  1. pandainya nonie buat kuah kacang. kak nani tak reti pon nak buat. bukan apa....renyah sikit bila main dengan kacang2 ni...nak kene goreng dulu, buang kulit dulu, mesin pulak..hihih

    ReplyDelete
  2. kak nani,bukan pandai,rajin ngan x jer.kak nani pon mesti pandai,cuma xnak buat jer :)

    ReplyDelete

hai.jangan malu-malu untuk tinggalkan komen.untuk anonymous sila sertakan nama senang saya nak membalas :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

xchange