advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (1) apam (2) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) Birthday (1) biskut (2) brownies (5) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cookies (1) cream (1) Cream puff (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (18) diet (2) dinner (1) doorgift (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (24) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (5) panggang (2) party (1) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) polkadots (1) potato (1) puding (8) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (2) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (7) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (19) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Tuesday, November 1

~marble cheese brownies~

kek 'tan' sikit ngeee
ASSALAMUALAIKUM....

mood terlebih rajin.buat kek la pulak..
alang2 dah keluarkan oven tue,bakar jer la keja nya...
kek nie buat untuk org terengganu,heee
resepi pon ambik dr umah orang terengganu.
jom lah tengok resepi yg best nie.
sila nikmati tanpa rasa bersalah ngeee :)


MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan Brownies :

250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Pin It Now!

9 comments:

  1. wah sedapnya marble cheese brownies.... nak ckit... :)

    ReplyDelete
  2. fieda-boleh cuba nanti,memang sedap

    kak diana-buatla..kalau akak yg buat hasil kejadiannya mesti deboom!dh habis la kak :)

    ReplyDelete
  3. nonie,
    meh kita tukar nak? akak bagi kek butter cempedak sepotong, nonie bagi cheese brownies satu loyang... hehehe.

    ReplyDelete
  4. nonie..sedap MCB ni..dulu akak sll buat

    ReplyDelete
  5. macam ramai betol menayang brownies ni...kire sedap le tu kan? kak nani baru beli cheese. tapi terfikir2 lagi nak buat apa...mende bukan murah...hadoi...

    ReplyDelete
  6. kak hazila-amboi nonie dpt sepotong jer,betul2 sistem berter nie

    kzai-sedap2.kenapa sekarang dh x buat?dh ada resepi lg best yer :)

    kak nuni-sedap kak nani,cubalah...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. hi lily,bp-baking powder,sb-soda bikarbonat.

      Delete

hai.jangan malu-malu untuk tinggalkan komen.untuk anonymous sila sertakan nama senang saya nak membalas :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

Facebook Share

xchange