advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (2) apam (2) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) Birthday (1) biskut (2) brownies (5) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cookies (1) cream (1) Cream puff (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (19) diet (2) dinner (1) doorgift (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (26) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (6) panggang (2) party (1) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) polkadots (1) potato (1) puding (9) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (3) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (8) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (19) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Thursday, November 10

~stew daging~

ASSALAMUALAIKUM...

masak apa tue?dah masak ke untuk makan tengah hari?
kalau belum meh cuba masak stew daging nie.

yerla kan kita baru jer lepas menyambut hari raya haji.
stok daging memang banyak.stew nie nonie buat masa kat kampung hari tue.
ada lagi daging mentah nonie bawa balik kl.nanti boleh buat lagi.

stew nie lebih kurang sup daging jugak.cuma kuah dia sedikit pekat.lagi best kalau dapat makan dengan roti.sedar tak sedar dah 3 biji roti masuk mulut. :)

jom tengok resepi nie.



stew daging

bahan-bahan
  • 1/2 kilo daging lembu/kambing (boleh juga guna tulang)
  • 1 biji bawang besar-di cincang
  • 2 ulas bawang putih-di hiris
  • 2 helai daun bay/daun salam
  • 1 batang lobak merah
  • 2 batang saderi
  • 2 biji ubi kentang
  • 2 kuib daging tulang
  • 1 liter air
  • 2 sudu tepung gandum
cara-cara
  1. basuh daging dan toskan.
  2. salutkan daging dengan tepung gandum
  3. panaskan minyak di dalam periuk
  4. tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  5. masukkan daging.goreng seketika
  6. masukkan air dan kuib daging.
  7. masukkan daun salam dan daun saderi.
  8. biarkan sehingga daging empuk.
  9. apabila daging sudah empuk bolehla masukkan ubi kentang dan lobak merah.
  10. sedia untuk dihidang.
nota:kepekatan kuah terpulang pada selera masing-masing.boleh tambah air untuk kuah sedikit cair.kuah akan pekat disebab kan penggunaan tepung gandum tadi.

selamat mencuba
Pin It Now!

13 comments:

  1. as-salam
    mesti sedap stew daging ni..npk berselera..

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi Nonierahman..
    Rahel dah sampai ni...kalau makan n hirup kuah daging stew ni memang siok betui..suka banget..

    Nonie,terima kasih sudi singgah n follow dapur Rahel...

    Pasni Rahel nak follow gak dapur Nonie..terima kasih.

    ReplyDelete
  3. As'salam Nonie

    Selamat pagi, awalnya dah masak..bolehlah k.ct mintak sikit jap ehh..gi amik mangkuk nak buat lunch nanti..hehehe

    k.ct pun ada stok daging korban tu nonie, tapi Hubby suka masak kicap pekat2. semalam k.ct masak separuh buat sambal daging jer sikit :)

    ReplyDelete
  4. wahh.. nampak sedap..leh try nnt...

    jom join :) http://qesahqasehqmaridh.blogspot.com/2011/11/contest-skin-care-health-care-by-qma.html

    ReplyDelete
  5. nasi tinggal begitu saja bila masak stew daging ni...memang sedappppp

    ReplyDelete
  6. oooo camtu... xlah susah sangat yer...
    nt boleh cuba..

    ReplyDelete
  7. ady-wsalam ady..mg sedap..cubalah nnt yer

    rahel-salam kenaj jugak..tuela pasal kalau dpt stew nie nasi mmg tolak tepi

    ReplyDelete
  8. ct delima-kak ct nie masak masa raya kat kg hari tue hehehe

    qmaridh-sedap2

    qhaifa nur-betul tue..

    sofya-mudah saja nak buat,selamat mencuba

    ReplyDelete
  9. salam nonie...sori kete api lambat...hihihhi
    sedap nmpak stew tu, betul kata nonie kalau cicah roti ni sedar tak sedar sampai kembong la perut....hihihi

    ReplyDelete
  10. liza-wsalam,xpe biar lambat asal selamat :)

    ReplyDelete
  11. Dtg singgah bwk ciscupcake ni....emmm...stew daging menggoda jiwa...tambah2 lapo perut kak cek bila tgk lau sesedap ni....

    ReplyDelete
  12. Tersinggah kat sini. Salam aidil adha dan selamat berkenalan ya

    ReplyDelete
  13. kak cek-suka saya kalau tukar dgn cheese cake tue.boleh2



    wattie-salam kenal.salam aidiladha juga

    ReplyDelete

hai.jangan malu-malu untuk tinggalkan komen.untuk anonymous sila sertakan nama senang saya nak membalas :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

xchange