advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (1) apam (2) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) Birthday (1) biskut (2) brownies (5) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cookies (1) cream (1) Cream puff (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (18) diet (2) dinner (1) doorgift (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (24) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (5) panggang (2) party (1) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) polkadots (1) potato (1) puding (8) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (2) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (7) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (19) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Thursday, September 29

~kek karamel~



ASSALAMULAIKUM...

sana sini orang dok buat kek karamel nie.memang best.kek karamel nie dh lama dah,cuma sekarang dia naik balik,jadi macam 1 fenomena pulak.
nonie first time makan masa sekolah menengah dulu.classmate bawa untuk jamuan sekolah.mak dia yang buat.

dulu zaman sekolah menengah nonie memang minat baking-membaking nie(rosak bahasa)
selalu juga bawa p sekolah bagi member2 rasa.

nonie pernah cuba kek karamel nie guna resepi kak yani.time tue xde la belang-belang macam nie.plain jer kaler.
tapi x jadi. x tau mana silap.

kali nie plan nak buat untuk jamuan raya opis.
pertama kali cuba alhamdulillah menjadi...takut juga kalau x menjadi.
dah la orang bayar minta tolong buatkan.

diaorg xde la request nak kek karamel,diaorg bagi duit minta buatkan kek/puding.nonie yg decide nak buat kek karamel nie. :)

ok lah jom semak resepi.
resepi nie nonie ambik dari blog kak ita.kalau ada yang nak tengok gambar step by step boleh tengok kat blog kak ita yer.

kek karamel
by:munirah baharum


gula hangus

2 sudu besar gula pasir

sediakan loyang 8 inci
taburkan gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
biar gula hancur dan bertukar perang.
ratakan gula dan menyegetkan loyang ke kiri dan kanan
biar gula sejuk dan mengeras.ketepi kan.

bahan karamel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

kacau susu dengan gula hingga larut
kacau telur dengan esen perlahan.
satukan kedua-dua bahan dan kacau rata.
kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
ketepikan.
(adunan ini tidak perlu di bakar dahulu)

adunan kek
bahan 1

70g gula castor
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak masak

pukul telur kuning,minyak masak dan air sampai gebu dan bertukar warna putih.
kemudian masukkan gula castor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda

bahan 2
140gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder

matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah di ayak.
masukkan sedikit demi sedikit dan kacau perlahan secara kaup balik sehingga semua bergaul sempurna.
ketepikan.

meringue
6 biji putih telur-pastikan jangan tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar-tar

*pastikan semua peralatan dalam keadaan kering

pukul putih telur hingga berbuih
masukkan gula dan serbuk tatar dan terus memukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kental dan kaku.

kalau diterbalikkan bekas telur putih,putih telur tidak jatuh.
masukkan 1/3 bahan meringue ke dalam adunan tepung tadi.
gaul rata secara kaup balik.
kemudian masukkan semua baki meringue dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna.
kacau perlahan sahaja.

bahagi adunan kepada beberapa bahagian sama banyak
letakkan pewarna yg disukai
tuang adunan kek ke atas puding tadi.
belang-belangkan adunan

panaskan oven terlebih dahulu.
bakar pada suhu 160 api bawah sahaja secara steam bath.
suhu bergantung pada jenis oven masing-masing

kek ini sedap di makan sejuk.




nonie punya karamel berair sikit..ok lah 1st time.huhu
Pin It Now!

Monday, September 26

~spagetti untuk dinner~


ASSALAMUALAIKUM....

malam nie dinner mkn spagetti.
resepi rujuk kat sini

nonie baru lepas buat kek untuk jamuan kat opis esok.
nanti nonie post entry ei..

nak sambung masuk dapur nak buat puding pulak.

take care semua...

Pin It Now!

Wednesday, September 21

~ketam masak lemak cili api~




ASSALAMUALAIKUM...

planning asal nak masak spagetti,turun kedai bawah rumah nie nak beli tomato sekali ada jual ketam la...
bestnya kalau dapat buat masaklemak.
nonie suka makan ketam,tapi x pandai nak siang.huhu..selalu mak yang buat.
nie bila dah duduk sendiri semua benda kena buat sendiri.

nonie beli ketam 3 ekor.call mak tanya macam mana nak siang huhu.
alhamdulillah jadi.tapi tak boleh lawan yang air tangan mak masak.huhu

KETAM MASAK LEMAK CILI API

bahan-bahan
  • 3 ekor ketam
  • 1 cawan santan
  • 3 cawan air
  • 2 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 10 biji cili padi
  • kunyit hidup sebesar ibu jari.
  • asam keping
  • gula&garam
cara-cara
  1. kisar bawang,serai,cili dan kunyit.
  2. panaskan air dan masukkan bahan kisar.
  3. masak sehingga mendidih.
  4. masukkn ketam,santan dan asam keping.
  5. biarkan mendidih seketika.
  6. perasakan dengan gula dan garam.
  7. sedia untuk di hidang
Pin It Now!

Thursday, September 15

~hitam atau putih yang mana jadi pilihan~




ketupat palas pulut hitam,dan pulut putih biasa,ada yg panggil pulut susu


makan dengan gulai daging,nyummehhh!


Pin It Now!

Wednesday, September 14

~sheperd pie~













ASSALAMULAIKUM.

hye semua nonie nak share resipi sheperd pi yg nonie buat masa mini gathering hari tu

BAHAN-BAHAN
  • 450g daging cincang
  • 1 labu bawang besar (dicincang)
  • 1 botol sos prego
  • tomato di potong dadu
  • mix vege
untuk lapisan atas

  • 1 kilo ubi kentang
  • 40g butter
  • 1/2 cawan susu cair
  • cheddar cheese untuk tabur
cara-cara



tumis bawang besar sehingga naik bau



masukkan tomato


masukkan daging cincang,gaul sehingga masak


masukkan sos prego



masukkan mix vege


masak sehingga kuah sedikit kering,mati kan api

untuk lapisan kentang

  • rebus kentang sehingga masuk,toskan air.
  • lecek kentang sehingga halus masukkan butter dan susu.

masukkan daging tadi ke dlm bekas yg sesuai,kemudian paipkan kentang yg di lecek tadi.
taburkan parutan cheese di atas kentang



bakar pie pada suhu 180 selama 15min.

#enak di makan panas-panas

Pin It Now!

Tuesday, September 13

~mini gathering~






ASSALAMULAIKUM..

masih dalam mood raya?
raya ke 5 hari tu nonie buat gathering dengan kawan2 sek men.
mini gathering sebab yg datang pon x ramai..

antara menu hari tue,mihun goreng ngan sheperd pie.

thanks kawan2 semua yg sudi mai umah hari tue,lepas nie dah tau la nak mai umah nonie kan,so next event ampa xdakla sesat2 cari rumah :P

sheperd pie-resepi akan menyusul nanti


bihun goreng-made by kak ngah;thank you kak ngah :)
Pin It Now!

Monday, September 12

~entry special~syukur ALHAMDULILLAH





ASSALAMULAIKUM...
apa habaq semua...
aishh nonie masih lagi dlm mood x percaya nih..
ALHAMDULILLAH syukur sgt2

nonie sekarang jarang2 nak masuk blog apa lagi nak update,bukan apa dapur dah lama x berasap jadi x de la menu untuk di share kan kat sini.

hari nie log in blog untuk update pasal mini gathering nonie kat kg masa cuti raya hari tue.
sambil-sambil tue singgah sekejap umah blogger2 lain.
saje nak tgk kalau2 masih ada sekut2 ke,lemang ke,ketupat ke? :)

sekali tengok kat umah kak nor,dia ada pengumuman pentingla....
pengumuman untuk entry jom menimbang
x sangka nonie MENANG! Hoyeaa...

niat nonie saja2 jer nak join,lagi pun mmg target nak turunkan berat badan,
x sangka pulak boleh menang dlm segmen nie pluss dpt hadiah lagik.
SYUKUR!!

nonie nak ucapkan terima kasih dekat tuan rumah;kak nor,dengan kakak penaja hadiah dan rakan2,kakak2 blogger yg lain...

p/s:nonie dapat silicon mould ngan penimbang digital...korang ada? :D



sebelum puasa


*

*

*

*

*

raya ke-5


harap2 dapat kembali seperti di bawah nie....chayok2

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-




picture taken august 13,2007

Pin It Now!

Saturday, September 10

~pankek durian lagi~


projek kat kampung masa cuti raya hari tue :)
resepi kat sini

Pin It Now!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

Facebook Share

xchange