ASSALAMULAIKUM...
sana sini orang dok buat kek karamel nie.memang best.kek karamel nie dh lama dah,cuma sekarang dia naik balik,jadi macam 1 fenomena pulak.
nonie first time makan masa sekolah menengah dulu.classmate bawa untuk jamuan sekolah.mak dia yang buat.
dulu zaman sekolah menengah nonie memang minat baking-membaking nie(rosak bahasa)
selalu juga bawa p sekolah bagi member2 rasa.
nonie pernah cuba kek karamel nie guna resepi kak yani.time tue xde la belang-belang macam nie.plain jer kaler.
tapi x jadi. x tau mana silap.
kali nie plan nak buat untuk jamuan raya opis.
pertama kali cuba alhamdulillah menjadi...takut juga kalau x menjadi.
dah la orang bayar minta tolong buatkan.
diaorg xde la request nak kek karamel,diaorg bagi duit minta buatkan kek/puding.nonie yg decide nak buat kek karamel nie. :)
ok lah jom semak resepi.
resepi nie nonie ambik dari blog kak ita.kalau ada yang nak tengok gambar step by step boleh tengok kat blog kak ita yer.
kek karamel
by:munirah baharum
gula hangus
2 sudu besar gula pasir
sediakan loyang 8 inci
taburkan gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
biar gula hancur dan bertukar perang.
ratakan gula dan menyegetkan loyang ke kiri dan kanan
biar gula sejuk dan mengeras.ketepi kan.
bahan karamel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
kacau susu dengan gula hingga larut
kacau telur dengan esen perlahan.
satukan kedua-dua bahan dan kacau rata.
kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
ketepikan.
(adunan ini tidak perlu di bakar dahulu)
adunan kek
bahan 1
70g gula castor
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak masak
pukul telur kuning,minyak masak dan air sampai gebu dan bertukar warna putih.
kemudian masukkan gula castor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda
bahan 2
140gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah di ayak.
masukkan sedikit demi sedikit dan kacau perlahan secara kaup balik sehingga semua bergaul sempurna.
ketepikan.
meringue
6 biji putih telur-pastikan jangan tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar-tar
*pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
pukul putih telur hingga berbuih
masukkan gula dan serbuk tatar dan terus memukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kental dan kaku.
kalau diterbalikkan bekas telur putih,putih telur tidak jatuh.
masukkan 1/3 bahan meringue ke dalam adunan tepung tadi.
gaul rata secara kaup balik.
kemudian masukkan semua baki meringue dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna.
kacau perlahan sahaja.
bahagi adunan kepada beberapa bahagian sama banyak
letakkan pewarna yg disukai
tuang adunan kek ke atas puding tadi.
belang-belangkan adunan
panaskan oven terlebih dahulu.
bakar pada suhu 160 api bawah sahaja secara steam bath.
suhu bergantung pada jenis oven masing-masing
kek ini sedap di makan sejuk.
nonie punya karamel berair sikit..ok lah 1st time.huhu
Pin It Now!