advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (2) apam (2) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) Birthday (1) biskut (2) brownies (5) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cookies (1) cream (1) Cream puff (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (19) diet (2) dinner (1) doorgift (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (26) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (6) panggang (2) party (1) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) polkadots (1) potato (1) puding (9) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (3) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (8) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (19) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Tuesday, February 28

~Blueberry Tiramisu~



Assalamualaikum…

Selamat pagi..

Hujung minggu hari tue nonie buat blueberry tiramisu.

Saja nak habiskan stok cream cheese dengan bluberry filling.

Blueberry filling beli dah lama. Guna untuk buat apam dot-dot.

Tapi apamku tak menjadi.hihi.

Tapi blueberry tiramisu ku menjadi hehehe

Senang sangat nak buat.

Sejukkan semalaman dalam peti sejuk.esoknya dah boleh makan.

Sedap pulak tue.

Jom semak resepi.resepi dari kak Rabiatun.tq yer kak

Blueberry Tiramisu

Sumber:Rabiatun

Bahan-bahan untuk syrup

· 150g bluberry filling

· 80ml air suam

· 2tbsp gula aising –nonie tak letak

· Sedikit parutan kulit lemon-nonie tak letak

Bahan-bahan lain

· 250g cream cheese

· 125g whipped cream nonie guna 250g whipping cream

· 125g whipping cream

· 50g gula aisinh-diayak

· 1 peket biskut tiramisu

· Buah blueberry segar untuk hiasan

Cara-cara

1. sediakan syrup dengan mencampur kesemua bahan untuk syrup

2. pukul cream cheese sehingga gebu.masukkan gula aising

3. pukul whipping cream sehingga pekat.

4. campurkan whipping cream ke dalam adunan ceam cheese

5. cra untu melapis;masukkan sedikit syrup,susun biskut tiramisu dan letak adunan cream cheese di atas,susun sehingga adunan habis.

6. sejukkan

Pin It Now!

Monday, February 27

Tempahan kek




Assalamualaikum...

Weekend hari tue dapat tempahan congo bars dengan chocolate moist kek.

Layan jerla gambar yang tak seberapa nie :D

chocolate moist cake

congo bar


congo bar untuk hantaran


Pin It Now!

Friday, February 24

Apple pie

Assalamualaikum.
Salam jumaat.
Tadi petang nonie buat apple pie saja nak habiskan stok epal hijau dlm peti.
Housemate nonie beli apel tapi tak makan.kalau nonie memang tak beli epal hijau.tak tahan masamnya hehe

Untu resepi apple pie nie nonie guna resepi nonie sebelum nie,boleh tengok kat SINI
Tapi crust dia kering.tak lembap.tak tau mana silapnya.mungkin kurang butter.tapi habis jugaklah.

Apple pie nie lagi sedap kalau makan dengan vanila ice cream.nyum2 hehehe.

Oklah selamat mencuba.Daaaa.....

Pin It Now!

Thursday, February 23

Wordless wednesday

Ke Tepi2 panas2 :D Pin It Now!

Wednesday, February 22

Tempahan Congo Bar

Assalamualaikum.

Selamat hari rabu.
hari nie keja malam.jadi sempatlah siapkan 2 biji tempahan congo bar dari kawan ofis.

Alhamdulillah congo bar mendapat sambutan.tak sempat nak cuba resepi baru sebab sibuk siapkan congo bar :P

Pada yang nak mencuba bolehla cuba.resepi ada pada 'older post'

Nonie post entry nie guna hp.xleh nak linkkan resepi(xtau sebenarnya nak link kan)

Sampai jumpa lagi.daaaa...... Pin It Now!

Friday, February 10

~pavlova~




ASSALAMUALAIKUM…

Selamat pagi dan salam 1 malaysia…

Minggu lepas nonie ada buat pemanis mulut yang cukup popular nie.

Rata-rata kebanyakan blogger masakan dah cuba.

Ya, nonie buat pavlova. Rasa best sangat sebab pavlova nonie menjadi.

Nonie belum pernah rasa pavlova sebelum ni,tapi pavlova yang nonie buat garing di luar dan lembut dibahagian tengah.samalah macam mana yang dinyatakan diweb joyofbaking

Jom semak resepi dati web joyofbaking.com

Resepi: Pavlova

Sumber: joyofbaking.com

Bahan-bahan

· 4biji putih telur

· 1 cawan gula kastor

· ½ sudu teh esen vanilla

· 1 sudu teh cuka makan

· ½ sudu besar tepung jagung

Cara-cara

1. panaskan oven pada suhu 130c

2. lukis bulatan sebesar 7 inci pada kertas minyak

3. pukul putih telur sehingga berbuih pada kelajuan sederhana

4. dengan kelajuan tinggi masukkan gula sedikit demi sedikit

5. teruskan sehingga adunan bertukar menjadi putih dan berkilat.

6. masukkan esen vanilla dan pukul lagi.

7. masukkan tepung jagung dan cuka.gaul dengan menggunakan spatula

8. bentukkan adunan mengikut bulatan yang kita lakarkan tadi –lihat langkah 2



9. bakar selama sejam atau sehinga adunan bertukar menjadi warna coklat

10. tutup api dan biarkan adunan di dalam oven.tunggu sehingga sejuk. Nonie biarkan 2 jam

TOPPING

Bahan-bahan

· 1 cawan whipping cream

· 1 ½ sudu besar gula kastor

· Buah-buahan segar untuk hiasan

Cara-cara

1. pukul whipping cream sehingga kembang.

2. masukkan gula

3. tuang whipping cream di atas aduan tadi,hias dengan buahan segar.

4. sedia untuk di makan


Pin It Now!

Monday, February 6

~Bingka Roti Kukus Pandan~


ASSALAMUALAIKUM...

Salam Maulidur Rasul 1433 H dan Salam 1 Malaysia.apa khabar semua.terima kasih lah sudi singgah blog nonie.
semalam nonie ada buat bingka roti kukus.dah lama simpan resepi nie,kebetulan ada sebuku roti yang dah nak expired.cepat-cepat lah nonie buat bingka roti ni.

nonie guna roti wholemeal.masa tengah kukus tu bau daun pandan memang semerbak.
bingka roti nonie pucat.lain kali nak buat kena letak sedikit pewarna hijau.baru berseri
nonie makan dengan sos kastad.memang berulang la tambah.sedap sangat!

Bingka Roti Kukus Pandan

Bahan-bahan
  • 8-10 keping roti putih (nonie guna roti wholemeal)
  • 200 ml santan-(nonie guna santan kotak)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • buahan koktail ditos airnya-nonie tambah

Cara-cara
  1. sediakan loyang 8 in dan gris loyang dengan sedikit mentega
  2. dalam mangkuk besar,kacau bersama santan,air,telur,garan dan pes pandan
  3. kemudian rendamkan kepingan roti di dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  4. pindahkan kepingan roti ke dalam loyang.tuang lebihan adunan juga ke dalam loyang
  5. taburkan buahan koktail yang telah ditoskan airnya.
  6. tutup loyang dengan aluminium foil.
  7. sediakan kukusan dan bila air mendidih,kukus bingka selama 15-20 minit
  8. sejukkan sebelum dihidang

Sos Kastad
resepi:Kak Ita

  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu besar gula-nonie tambah
Cara-cara

  1. masak semua bahan di dalam periuk menggunakan api sederhana sehingga agak pekat.



Pin It Now!

Wednesday, February 1

~wordless wednesday #ww ~






ASSALAMUALAIKUM...

tempahan congo bars

tempahan dari arina


untuk yang nak mencuba boleh klik di sini.

untuk tempahan boleh email nonierahman@hotmail.com


tempahan dari yana


terima kasih :)
Pin It Now!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

xchange