advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (2) apam (2) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) Birthday (1) biskut (2) brownies (5) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cookies (1) cream (1) Cream puff (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (19) diet (2) dinner (1) doorgift (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (26) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (6) panggang (2) party (1) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) polkadots (1) potato (1) puding (9) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (3) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (8) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (19) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Monday, February 6

~Bingka Roti Kukus Pandan~


ASSALAMUALAIKUM...

Salam Maulidur Rasul 1433 H dan Salam 1 Malaysia.apa khabar semua.terima kasih lah sudi singgah blog nonie.
semalam nonie ada buat bingka roti kukus.dah lama simpan resepi nie,kebetulan ada sebuku roti yang dah nak expired.cepat-cepat lah nonie buat bingka roti ni.

nonie guna roti wholemeal.masa tengah kukus tu bau daun pandan memang semerbak.
bingka roti nonie pucat.lain kali nak buat kena letak sedikit pewarna hijau.baru berseri
nonie makan dengan sos kastad.memang berulang la tambah.sedap sangat!

Bingka Roti Kukus Pandan

Bahan-bahan
  • 8-10 keping roti putih (nonie guna roti wholemeal)
  • 200 ml santan-(nonie guna santan kotak)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • buahan koktail ditos airnya-nonie tambah

Cara-cara
  1. sediakan loyang 8 in dan gris loyang dengan sedikit mentega
  2. dalam mangkuk besar,kacau bersama santan,air,telur,garan dan pes pandan
  3. kemudian rendamkan kepingan roti di dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  4. pindahkan kepingan roti ke dalam loyang.tuang lebihan adunan juga ke dalam loyang
  5. taburkan buahan koktail yang telah ditoskan airnya.
  6. tutup loyang dengan aluminium foil.
  7. sediakan kukusan dan bila air mendidih,kukus bingka selama 15-20 minit
  8. sejukkan sebelum dihidang

Sos Kastad
resepi:Kak Ita

  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu besar gula-nonie tambah
Cara-cara

  1. masak semua bahan di dalam periuk menggunakan api sederhana sehingga agak pekat.



Pin It Now!

2 comments:

hai.jangan malu-malu untuk tinggalkan komen.untuk anonymous sila sertakan nama senang saya nak membalas :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

xchange