advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (2) apam (2) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) Birthday (1) biskut (2) brownies (5) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cookies (1) cream (1) Cream puff (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (19) diet (2) dinner (1) doorgift (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (26) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (6) panggang (2) party (1) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) polkadots (1) potato (1) puding (9) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (3) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (8) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (19) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Friday, August 26

~selamat hari raya~




ASSALAMULAIKUM...

pada kesempatan ini nonie nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir&batin pada semua yg mengenali nonie.

harap semua sihat dan berbahagia di samping keluarga tercinta.
semoga persahabatan kita kekal sehingga akhir hayat..amin..
yg memandu pulang tue hati-hati di jalan raya.
yg balik beraya di perlis jemput la datang rumah :)

Pin It Now!

Wednesday, August 24

wordless wednesday #ww


resepi di SINI
Pin It Now!

Thursday, August 18

wordless thursday T-T


Pin It Now!

Tuesday, August 16

~ayam panggang serai~




ASSALAMULAIKUM...
hari nie teringin nak makan ayam panggang,singgah umah kak nor jumpa resepi ayam panggang serai.nampak menarik.boleh la cuba.bahan-bahan pon memang dah ada,cuma kena beli serai jer la..
hari nie terlebih rajin.nonie guna isi ayam jer,memang beli boneless chicken nie.so nonie potong kiub.cucuk ala2 sate.hmm memang best la...

jom tengok resepi yg marbeles nie..

AYAM PANGGANG SERAI

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
*1/2 labu bawang putih
*2 inci halia
*1-2 batang serai
1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu makan madu
garam sedikit
lemon
butter - potong kecil @ minyak zaitun
kentang, carrot, bawang besar - potong empat

sebelum panggang




Cara-cara
Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.


kalau dapat kuah kacang.hmmmm.perfect!!
Pin It Now!

~berbuka di chop&steak kg.baru~



anak2 dara ngan mak dara


bahagian dalam restoren-tempat cashier-



berbuka puasa hari ke 10 ramadhan nonie n the geng p makan di restoren chop&steak kat kg baru nie.
nie 2nd time nonie p situ.makanan dia boleh tahan la...n harga pon berpatutan.

layan jer la gambar kat bawah nie ei

antara menu yg kami order
fish and chip

spagetti seafood


boxing chicken-boleh try buat nanti :)

mix lamb-ada,daging,kambing,ayam



lamb with bLAck pepper

201108101435

awak makan apa???
Pin It Now!

Saturday, August 13

~biskut cornflakes~


ASSALAMUALAIKUM...

hai semua..sihat?macam mana puasa..wah nak masuk 2 minggu kan kita puasa.dah ada ke yang start buat kuih raya?nonie saja je mencuba kuih nie,sebab senang bulat2 kan jer.nonie memang x pandai buat kuih yang kena terap2 nie..x tau kenapa,kalau bakar jer mesti kembang..yg bunga terus jadi bulan..ngee.resepi biskut cornflakes nie sangat senang.comfirm menjadi kalau cuba..
resepi nonie dapat dari kak badliyah bt shafie dr forum Rnet.tq ye kak share resepi yg best nie..nonie rasa akak nie x kesah kalau nonie nak share kat sini kan... :)
maceh ye kak...


BISKUT CORNFLAKE
SUMBER:BADLIYAH BT SHAFIE-nonie xtau blog dia,dapat melalui email so xde link

bahan-bahan
-bahan A
  • 250g butter
  • 230g gula icing
  • 1st esen vanilla
  • 2bj kuning telur
-bahan B-ayak bersama
  • 300g tepung gandum
  • 100g tepung jagun
  • 1/2 st soda bicarbonate
  • 2 cawan cornflake (di ramas kasar)
cara-cara
  1. pukul gula dan butter hinga kembang.masukkan telur dan esen vanilla.pukul sehingga sebati.
  2. masukkan tepung dan cornflake,gaul sebati sehinga melekat antara tepung dan cornflake
  3. sudukan@bentukkan mengikut kesukaan..nonie letak jer dalam papercup
  4. bakar sehingga masak.nonie bakar 15odegree 15min-20min


Pin It Now!

~bubur lambuk~


ASSALAMULAIKUM

nie menu berbuka nonie untuk bulan puasa nie,hehe diet punya pasal..bubur nie ambik kat kg.baru.bubur yang famous tue.
makan dengan serunding.sedapppppp
serunding di datang khas dari kelantan.terbaekkk.....
kalau nak resepi bubur lambuk leh tengok kak blog k.nor nun,hari tue tengok dia ada masak bubur lambuk :)


Pin It Now!

Thursday, August 11

~jom menjala~




ASSALAMUALAIKUM...

menu roti jala nie,menu berbuka selasa lepas.hari tue singgah umah kak anna nampak menarik roti jala dia.colorful betul.
kak anna buat roti jala dengan kari ayam,nonie buat roti jala dengan kari sardin.
thanks to kakmadiha,kak juwita and kak anna untuk resepi roti jala yg best nie.
nonie start menjala kui 1,time berbuka tue masih lembut lagi.best2

jom tengok resepi roti jala yg best nie.

ROTI JALA





Bahan2
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 ½ cawan air
  • 1 biji telur
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
  • 1 sudu kecil rata garam
  • sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)

Cara2nya
1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut kesukaan anda.


KARI SARDIN
RESEPI:nonierahman.blogspot.com

bahan-bahan
  • 1 tin sardin
  • bawang merah-dihiris
  • bawang putih-dihiris
  • halia-dihiris
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 3 sudu besar serbuk kari-dibancuh dengan sedikit air
  • ubi kentang-dipotong dadu
  • gula &garam
cara-cara
  1. panaskan minyak,tumis bawang hingga garing.
  2. masukkan rempah,kacau rata.tunggu sehingga rempah masak.
  3. masukkan air dan ubi kentang.
  4. apabila ubi kentang sudah masak,masukkan sardin tin tadi bersama sosnya..
  5. kemudian masukkan santan,biarkan sehingga mendidih.
  6. tutup api dan sedia untuk di hidang
Pin It Now!

Wednesday, August 10

~wordless wednesday



Pin It Now!

Tuesday, August 9

~kuih qhasidah/kuih kasidah~



ASSALAMULAIKUM...
wah masing2 dah sibuk menghidang yer..
ada jugak kawan2 kita yg dah berbuka..makan apa tue?
juadah nie nonie buat berbuka semalam. tetiba teringin.
biasalah orang diet nie semua benda teringin :P
rupanya mudah jer kan nak buat kuih kasidah/qhasidah nie.
bahan asas cuma tepung gandum.ada sesetengah resepi tue letak santan..mungkin rasa dia lagi berlemak la kot

jom tengok bahan-bahan untuk kuih nie.

KUIH KASIDAH/KUIH QHASIDAH
RESEPI:nonierahman.blogspot.com

bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4cawan air
  • 1cawan gula
  • secubit garam.

cara-cara
  1. gaulkan tepung,gula dan garam sehingga rata
  2. masukkan air sambil dikacau tepung tadi.
  3. panaskan dapur,masakkan bancuhan tepung tadi dengan api yg perlahan.
  4. kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat
  5. tuang ke dalam acuan yg telah di sapu sedikit minyak.
  6. biarkan sejuk dan bolehla dipotong dan dihidangkan bersama sedikit bawang goreng.
tips:untuk dapatkan bawang goreng yg rangup,gaulkan bawang yg telah dihiris bersama sedikit gula.biarkan seketika barulah di goreng.

selamat mencuba....


p/s:tetiba teringat dialog p.ramlee
Sadiq Segaraga dengan anak-
anaknya...Hamidah...Rafidah...Ghasidah...jalan daaah........


Pin It Now!

Monday, August 8

~popia seaweed~






ASSALAMULAIKUM...

apa khabar semua...dah siap2 ke menu nak berbuka nanti.alhamdulillah hari nie dah masuk hari ke 8 kan kita puasa.
harap semua diberikan kesihatan yg baik untuk menjalani ibadah puasa nie k.

sejak nonie balik dari kampung hari tue,nonie tak masuk lagi dapur masak juadah berbuka.setakat masuk masuk air banyak la..tapi x kan nak share resepi step by step masak air kan :P

semalam nonie buat popia seaweed nie,bukan juadah untuk berbuka,sesaja buat nak habiskan kulit popia dalam esbok.bila makan2 x sedar dah habis 1 balang.
opsss!!hihi..xpe x effect berat pon untuk cabaran k.nor nun.

resepi nie nonie dapat dari hasue@myresepi..aik nie kak sue I LOVE MY LIFE tue kan???
dah ramai dah yg anto laporan kat sana.nonie pon dulu sebelum berblog nie dah 2-3 kali dah buat..memang pueh hati. :)

oklah nonie copy n paste resepi tue kat sini pulak yer.

POPIAH SEAWEED
RESEPI:HASUE@MYRESEPI
SUMBER:nonierahman.blogspot.com


bahan-bahan
  • 1 bungkus kulit popiah
  • 1 bungkus dried seaweed yg sedia dimakan
  • 1-2 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
sumber google

cara-cara
  1. pecahkan telur di dalam mangkuk dan dipukul sedikit.
  2. sediakan sekeping kulit popiah dan sapu telur tadi sehingga menutupi keseluruhan kulit popiah
  3. susun dried seaweed ke atas kulit popiah dan tutup dengan kulit popia yg satu lagi.
  4. buat sehingga seaweed/kulit popiah habis.
  5. gunting kulit popiah yg telah ber'inti' tadi mengikut size yg di sukai.
  6. goreng dalam minyak yg sudah dipanaskan sehingga popiah bertukar kekuningan.
  7. angkat dan toskan.simpan di dalam bekas kedap udara

lepas nie boleh cuba boleh jadi salah 1 menu nak hidang kat tetamu masa raya nnt.senang sangat nak buat kan... :)
Pin It Now!

Wednesday, August 3

butter golden churn disahkan haram,peralatan membuat kek perlu di samak.


gambar dr google

assalamualaikum...

tadi baru jer lepas tengok berita terkini.comfirm butter jenama golden churn di sahkan haram.sebelum nie dah pernah keluar isu nie.

jadi,segala perkakas yg pernah digunakan untuk membuat makan menggunakan butter nie perlulah di samak.
sumber:bernama

kesian kan pengusaha kek lapis serawak.terpaksalah diaorg buang kek-kek yg dah siap yg menggunakan butter nie kan.
tapi nonie hairan la kenapa dekat berita diaorg blurkan image jenama butter nie eh..kan senang kalau tunjuk kan jer. at least kalau yg x tahu jadi tahu.tak tahu la kan..mungkin ada prosedur kot.
Wallahu' alam bi shawab


Pin It Now!

Monday, August 1

~salam ramadhan~






assalamulaikum...
rasanya belum terlambat nonie nak ucapkan selamat berpuasa...
tahun nie sambut ramadhan dekat kampung..nak update blog pon susah sket.nie pinjam labtop kakak.


kat kampung dapur nonie tak berasap la...mak yang masak :)
hari nie berbuka mak buat tom yam udang.nonie beli kuih dekat bazar ramadhan.

harapan nonie semoga ibadah ramadhan kita di terima di sisiNYA
Pin It Now!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

xchange