advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (1) apam (1) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) biskut (2) brownies (4) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cream (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (18) diet (2) dinner (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (23) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (5) panggang (2) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) potato (1) puding (8) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (2) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (7) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (17) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Wednesday, March 14

Selamat pengantin baru Diana&Faris

"Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi khair"
Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang mahupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan"
(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majjah)

Selamat pengantin baru Siti Nordiana dan Abdul Faris

Semoga berbahagia hingga ke syurga

#baju pengantin sangat cantik Pin It Now!

Tuesday, March 13

~oreo brownies~










Oreos brownies yang nonie buat weekend lepas.
tengok dekat blog kak yani.memang nampak sedap sangat!!!
resepi asal dari blog kak rima.
terima kasih kepada kedua-duanya...
memang sangat sedap,dan pasti akan buat lagi dan lagi dan lagi :D

untuk biskut oreo,nonie guna oreo ice-cream blueberry.ada rasa macam mint sikit

oreo brownies
resepi : along

bahan-bahan
  • 225g butter
  • 240g cooking chocolate
  • 3 biji telur grade A
  • 1 tsp coffea powder
  • 1 tsp vanila essence
  • 250g castor sugar- nonie guna gula perang
  • 60g tepung
  • 40g serbuk koko
  • 1/2 tbsp baking powder
  • 1 tsp salt-nonie tak letak
  • 1 1/2 pack oreo cookies- nonie guna 1 pack oreo sekali dengan filling dan hancurkan
cara-cara
  1. cairkan butter dan chocolate.gaul sebati
  2. masukkan telur sebiji demi sebiji gaul rata.
  3. masukkan gula,esen vanilla dan serbuk kopi.
  4. masukkan tepung,serbuk koko dan baking powder gaul rata dan masukkan oreo
  5. bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 selama 45 min.nonie bakar pada suhu 180c selama 25min.
malam nie balik kampung..yeayyy.pada yang dah bercuti tue selamat bercuti ye.hati-hati di perjalanan.
Pin It Now!

Tuesday, March 6

~Ayam Panggang Rosemary~





ASSALAMUALAIKUM...

selamat malam semua..
dah makan malam ke?nonie belum lagi.tak rasa lapar pulak.kekenyangan makan ayam rosemary nie malam tadi.hahah.tipu je..

malam semalam nonie buat ayam panggang rosemary nie.adoi.tergoda tengok kat dapur kak nor nun.kak nor gadingkan dengan nasi karot.

nonie plan asal pon nak makan dengan nasi karot.tapi...sobsob sedih nasib baik belum mula masak lagi,sekali gas habis da...dah la dah malam.hmm orang pon tak nak hantar, hehe nonie yang malas nak turun beli kat bawah.

nak masak guna rice cooker,kat rumah nie takde rice cooker.almaklumlah..rumah 'bujang'...

jadi,nonie ratah jerla ayam nie,pastue kentang tue potong memanjang ala-ala 'fries' bakar sekali.
kalau kak nor kata SEDAP! nonie kata DELICIOUS! ngee...




owh ya kak anna pon ada buat nasi karot.satu hari nanti nak jugak buat nasi karot.

Ayam panggang rosemary

bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar daun rosemary kering
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan kasar
  • 2-3 sudu besar gula perang
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar jus limau
  • 3 sudu besar olive oil
  • 5 biji kentang
  • sedikit mentega


cara-cara
  1. potong ayam mengikut size yang dikehendaki dan dibersihkan,ketepikan dulu
  2. tumbuk halia hingga lumat dan perah jus halia pada ayam.gaul rata
  3. panaskan minyak zaitun.goreng bawang putih hingga kekuningan,angkat dan ketepikan.( nonie tak buat sebab dapur takde gas )
  4. tumbuk daun rosemary kering hingga lumat,kemudian masukkan lada hitam,jintan kasar,tumbuk kasar.
  5. masukkan bawang putih yang telah digoreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  6. masukkan lebihan minyak zaitun,gula perang,garam,dan jus limau ke dalam rempah yang ditumbuk tadi.gaul rata.sesuaikan rempah mengikut citarasa anda.
  7. gaulkan rempah tumbuk bersama ayam.masukkan ayam dalam bag berzip perap di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
  8. kentang dikopek dan dipotong.lebihan rempah ayam tadi bolehla dilumur pada kentang.
  9. susun ayam dan kentang di dalam tray pembakar.sapukan sedikit butter pada ayam dan kentang dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 200c selama 1 jam.

Pin It Now!

Monday, March 5

~pavlova~






ASSALAMUALAIKUM...

selamat pagi semua...
nonie nak share resepi pavlova yang nonie buat weekend baru-baru nie.
nie dah masuk tiga kali nonie buat pavlova.

cuma yang kali nie nonie buat guna 1 biji putih telur saja.untuk resepi asal boleh tengok sini.
yerla nak makan berdua jer.
kalau buat 1 adunan macam membazir pulak,bukan apa,pavlova nie bila dah letak topping dengan buah-buahan tue elok terus makan dan habiskan jer.kalau nak simpan dalam peti sejuk macam dah x best sangat.pendapat noniela..

jadi pada sesiapa yang nak cuba buat pavlova dan nak cuba rasa,bolehla cuba.
nonie letak topping kastad.guna baki telur kuning dari telur putih tadi.jadi tak da lah membazir kan.
memang BEST!

RESEPI:pavlova
sumber:nonierahman.blogspot.com

bahan-bahan
  • 1 biji putih telur
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu esen teh vanila
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh cuka makan
cara-cara
  1. pukul putih telur pada kelajuan sederhana sehingga berbuih.
  2. dengan kelajuan tinggi (nonie guna stand mixer biasa kelajuan tahap 5) masukkan gula sedikit demi sedikit.
  3. terus memutar sehingga adunan putih dan berkilat.
  4. masukkan esen vanila dan putar lagi selama 2 minit.
  5. masukkan tepung jagung dan cuka dan kaup balik adunan dengan menggunakan spatula.
  6. sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
  7. nonie buat bentuk bulat size 6inci.
  8. bakar selama 1 jam pada suhu 150c untuk 15minit pertama,dan turunkan suhu pada 140c untuk masa seterusnya.
  9. biarkan pavlova sejuk di dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka.
  10. untuk menghidang bolehla dihias dengan whipped cream/kastad dan buahan segar


resepi kastad

bahan-bahan
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula kastor
  • 1 cawan susu segar
cara-cara
  1. masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.kacau sehingga tiada tepung yang berketul
  2. letak periuk di atas dapur,dan masak sehingga kastad pekat.



Pin It Now!

Thursday, March 1

~chocolate banana cake~




ASSALAMUALAIKUM...

selamat pagi...sarapan apa tue?nak sikit boleh? :)

pagi nie nonie sarapan kek coklat pisang.sobsob..sedih....
kek nonie tak menjadi.

buat dua hari lepas.hari nie masih ada lagi.
nak ke?datang sini,tolong nonie habiskan :P

resepi kek nie nonie ambik dari buku masakan.
tak taulah mana silapnya,mungkin teknik ke apa ke.
mungkin nonie ada silap kat mana2.hmmm.
next time cuba lagi.

apa yang menarik tentang resepi nie ialah kek nie tidak meggunakan telur dan penggunaan susu kacang soya di dalam resepi.

jom semak resepi kalau ada yang nak mencuba.mungkin menjadi :D


CHOCOLATE BANANA CAKE
sumber:taste.chocolate

bahan-bahan
  • 250g tepung kek
  • 100g gula kastor
  • 3tsp serbuk penaik
  • 4tbsp serbuk koko
  • 250ml susu kacang soya
  • 80ml minyak masak
  • 4tbsp air
  • 2 biji pisang-di hiris
cara-cara
  1. panaskan oven pada suhu 160c
  2. griskan loyang dengan minyak
  3. ayak tepung dan campurkan bersama serbuk penaik dan serbuk koko.
  4. campurkan minyak,susu kacang soya,air dan gula.
  5. masukkan campuran tepung ke dalam campuran minyak tadi sedikit demi sedikit.
  6. masukkan pisang
  7. masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama30-40minit atau sehingga masak.


pada pendapat nonie,next time kalau nak buat lagi nonie kena kurangkan tepung dan tambah lagi gula :D
Pin It Now!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

Facebook Share

xchange