advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (1) apam (2) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) Birthday (1) biskut (2) brownies (5) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cookies (1) cream (1) Cream puff (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (18) diet (2) dinner (1) doorgift (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (24) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (5) panggang (2) party (1) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) polkadots (1) potato (1) puding (8) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (2) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (7) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (19) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Tuesday, March 6

~Ayam Panggang Rosemary~





ASSALAMUALAIKUM...

selamat malam semua..
dah makan malam ke?nonie belum lagi.tak rasa lapar pulak.kekenyangan makan ayam rosemary nie malam tadi.hahah.tipu je..

malam semalam nonie buat ayam panggang rosemary nie.adoi.tergoda tengok kat dapur kak nor nun.kak nor gadingkan dengan nasi karot.

nonie plan asal pon nak makan dengan nasi karot.tapi...sobsob sedih nasib baik belum mula masak lagi,sekali gas habis da...dah la dah malam.hmm orang pon tak nak hantar, hehe nonie yang malas nak turun beli kat bawah.

nak masak guna rice cooker,kat rumah nie takde rice cooker.almaklumlah..rumah 'bujang'...

jadi,nonie ratah jerla ayam nie,pastue kentang tue potong memanjang ala-ala 'fries' bakar sekali.
kalau kak nor kata SEDAP! nonie kata DELICIOUS! ngee...




owh ya kak anna pon ada buat nasi karot.satu hari nanti nak jugak buat nasi karot.

Ayam panggang rosemary

bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar daun rosemary kering
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan kasar
  • 2-3 sudu besar gula perang
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar jus limau
  • 3 sudu besar olive oil
  • 5 biji kentang
  • sedikit mentega


cara-cara
  1. potong ayam mengikut size yang dikehendaki dan dibersihkan,ketepikan dulu
  2. tumbuk halia hingga lumat dan perah jus halia pada ayam.gaul rata
  3. panaskan minyak zaitun.goreng bawang putih hingga kekuningan,angkat dan ketepikan.( nonie tak buat sebab dapur takde gas )
  4. tumbuk daun rosemary kering hingga lumat,kemudian masukkan lada hitam,jintan kasar,tumbuk kasar.
  5. masukkan bawang putih yang telah digoreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  6. masukkan lebihan minyak zaitun,gula perang,garam,dan jus limau ke dalam rempah yang ditumbuk tadi.gaul rata.sesuaikan rempah mengikut citarasa anda.
  7. gaulkan rempah tumbuk bersama ayam.masukkan ayam dalam bag berzip perap di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
  8. kentang dikopek dan dipotong.lebihan rempah ayam tadi bolehla dilumur pada kentang.
  9. susun ayam dan kentang di dalam tray pembakar.sapukan sedikit butter pada ayam dan kentang dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 200c selama 1 jam.

Pin It Now!

12 comments:

  1. yeay...nak buat lah noni...200c tu api atas bawah ke atas jer..?

    ReplyDelete
  2. ala.. kat sini pun ada ayam ni jugak.. terliur sanagat.. camner ni? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa kak,pantang ayam ke?buatlah kalau dh mengidam.nak antor dh habis hehe

      Delete
  3. As'salam Nonie

    lamanya tak membakar ayam kat rumah ni Nonie. padahal hari2 ada menu ayam jer, memandangkan anak2 bujang k.ct suka makan ayam. sedapnya..terliur pulak tengok aroma rosemarry mesti wangi jer kan.

    selalunya kalau nak bakar ayam ni k.ct akan beli stok ayam lebih2 ler senang kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak ct,

      sedap nie kak ct,buat pulak favourite part yg kita suka,nonie suka wings memang asyik berulang la makan,ratah jer dah cukup dah.

      Delete
  4. Assalamualikum, slmt pg :)
    Sedapnya tgk ayam panggang rosemerry... Dpt bayangkan kesedapannya, kalau dicacah dgn sos bbq pun sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam mas,
      betul tue cicah sos sedap.ratah jer cukup dah

      Delete
  5. Salam nonie! sedapnyer ayam panggang, akak dah lama tak buat ayam panggang sbb kalau buat mesti kena dgn set nyer ehehe... masuk list jugak lerrr, minggu depan depannya hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak ika,
      memang sedap sgt!wahh nie mesti lagi best nie

      Delete
  6. sedappnyaa..husna baru follow sini..
    rajin singgah lar blog husna.. ^^V
    entry baru..
    http://cikhusnasukaoren.blogspot.com/2012/03/masak-cekodok-udang-berkentang.html

    ReplyDelete

hai.jangan malu-malu untuk tinggalkan komen.untuk anonymous sila sertakan nama senang saya nak membalas :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

Facebook Share

xchange