advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (2) apam (2) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) Birthday (1) biskut (2) brownies (5) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cookies (1) cream (1) Cream puff (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (19) diet (2) dinner (1) doorgift (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (26) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (6) panggang (2) party (1) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) polkadots (1) potato (1) puding (9) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (3) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (8) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (19) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Monday, March 5

~pavlova~






ASSALAMUALAIKUM...

selamat pagi semua...
nonie nak share resepi pavlova yang nonie buat weekend baru-baru nie.
nie dah masuk tiga kali nonie buat pavlova.

cuma yang kali nie nonie buat guna 1 biji putih telur saja.untuk resepi asal boleh tengok sini.
yerla nak makan berdua jer.
kalau buat 1 adunan macam membazir pulak,bukan apa,pavlova nie bila dah letak topping dengan buah-buahan tue elok terus makan dan habiskan jer.kalau nak simpan dalam peti sejuk macam dah x best sangat.pendapat noniela..

jadi pada sesiapa yang nak cuba buat pavlova dan nak cuba rasa,bolehla cuba.
nonie letak topping kastad.guna baki telur kuning dari telur putih tadi.jadi tak da lah membazir kan.
memang BEST!

RESEPI:pavlova
sumber:nonierahman.blogspot.com

bahan-bahan
  • 1 biji putih telur
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu esen teh vanila
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh cuka makan
cara-cara
  1. pukul putih telur pada kelajuan sederhana sehingga berbuih.
  2. dengan kelajuan tinggi (nonie guna stand mixer biasa kelajuan tahap 5) masukkan gula sedikit demi sedikit.
  3. terus memutar sehingga adunan putih dan berkilat.
  4. masukkan esen vanila dan putar lagi selama 2 minit.
  5. masukkan tepung jagung dan cuka dan kaup balik adunan dengan menggunakan spatula.
  6. sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
  7. nonie buat bentuk bulat size 6inci.
  8. bakar selama 1 jam pada suhu 150c untuk 15minit pertama,dan turunkan suhu pada 140c untuk masa seterusnya.
  9. biarkan pavlova sejuk di dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka.
  10. untuk menghidang bolehla dihias dengan whipped cream/kastad dan buahan segar


resepi kastad

bahan-bahan
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula kastor
  • 1 cawan susu segar
cara-cara
  1. masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.kacau sehingga tiada tepung yang berketul
  2. letak periuk di atas dapur,dan masak sehingga kastad pekat.



Pin It Now!

13 comments:

  1. Sedapnya Nonie...
    Thanks berkongsi resepi. Kak Mirror dah lama teringin nak buat pavlola ni tp penyakit "M" sdg melanda2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak miss,kalau ada kelapangan nanti boleh cuba k.jap nak seru virus 'R' :D

      Delete
  2. As'salam nonie

    lamanya k.ct tak singgah kesini, bermacam2 menu dah yang tertinggal. ditambah lagi dengan palova nikmat rasanya.

    ni nak tanya adunan ni manis tak Nonie, kalau manis kena kurangkan kemanisanlah kan. maklumlah k.ct ni kalau manis2 sangat macam takut nak makan..hehehe. boleh lah cuba satu hari nanti, kot2 teringin nak makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak ct,
      xdelah tertinggal,xbanyak pon resepi baru.hihi
      kalau kak ct nak kurangkan manis bolehla dlm 1sudu besar kurangkan gula dia.

      Delete
  3. Salam..nonie, bila dah putar pd kelajuan tggi tu..and bila masukkan esen vanilla stikl pkul pd high speed gak ke? Or ke medium speed balik? Weekend ni mmg nk try.ldlm tangan byk resipi tp x tau nk trust yg mana huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amarnie masa tengah high speed masukkan esen vanilla.cubalah.nanti share k.gud luck!

      Delete
  4. Gambo mu bikin daku telan air lior nonie...mengapakah?

    ReplyDelete
  5. Gambo mu bikin daku telan air lior nonie...mengapakah?

    ReplyDelete
  6. kak nonie area mna? nak order...:D

    ReplyDelete
  7. Biasenye gune krim putar.yg ni gune kastard..mane lebih best kak?

    ReplyDelete

hai.jangan malu-malu untuk tinggalkan komen.untuk anonymous sila sertakan nama senang saya nak membalas :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

xchange