Wednesday, July 22

Kek buah kukus. Langkah Demi langkah

Kek buah kukus langkah demi langkah 

Bahan-bahan
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter seperti scs,anchor,tartura)
  • 350g gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran - 
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum* 
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/kulit kayu manis
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar sunquik 
  • 1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara

  • Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan.

  •  Masukkan butter sehingga cair 

  • kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. 

  • Kacau kemudian sejukkan.

  • Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.

  • Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga. 

  • Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  • Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  • Sejukkan kemudian potong. 

No comments:

Post a Comment

hai.jangan malu-malu untuk tinggalkan komen.untuk anonymous sila sertakan nama senang saya nak membalas :)