advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (1) apam (2) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) Birthday (1) biskut (2) brownies (5) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cookies (1) cream (1) Cream puff (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (18) diet (2) dinner (1) doorgift (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (24) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (5) panggang (2) party (1) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) polkadots (1) potato (1) puding (8) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (2) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (7) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (19) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Wednesday, November 23

~daging goreng kaprau~


ASSALAMUALAIKUM...

dah makan malam semua?ke baru jer sampai rumah dari tempat kerja..

nonie nak share resepi daging yg nonie ambik dari blog kak nor.daging kaprau.
resepi asal dr blog kak jee.
kebetulan ada lagi daging masa korban hari tue.
sedap sangat resepi nie.nonie pon guna daun limau purut macam kak noe sebab tak jumpa daun selasih.
next time cuba guna daun selasih pulak.

DAGING KAPRAU
RESEPI:K.NOR,K.JEE
SUMBER:nonierahman.blogspot.com

BAHAN2:
250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)

CARA:
Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam.
Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8.
Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.
Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng.
Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar.
Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang
Pin It Now!

~kek karamel lagi~



ASSALAMUALAIKUM...

hari nie siapkan tempahan kek karamel lagi


kalau ada yg nak order boleh la contact saya yer :)
Pin It Now!

Saturday, November 19

Limpahkanlah Kasih Sayang

Sifat kasih sayang, persaudaraan dan prihatin sesama insan amat penting di dalam kehidupan umat Islam. Semangat ini yang berjaya dipupuk dan disemai pada bulan Ramadan dan Syawal yang lalu perlu diteruskan agar kesejahteraan dan perpaduan umat Islam dapat diwujudkan.
Islam sangat menekankan persaudaraan sesama Islam sehinggakan orang Islam itu diibaratkan oleh Rasulullah sebagai satu tubuh badan, apabila salah satu anggota sakit, maka keseluruhannya akan berasa sakit.

Dengan erti kata lain, orang yang hidup dalam serba kekurangan di dalam masyarakat mesti dibantu demi meringankan bebanan hidup yang mereka alami. Hidup manusia akan terbatas dan terkongkong apabila ada sekatan perasaan dan kejiwaan sesama manusia. Sebaliknya terbuka dan bebas (dalam peraturan dan undang-undang yang diperlukan) apabila ada kasih sayang dan saling mempercayai sesama insan.

Kasih Sayang

Kata Imam Hasan al-Banna r.a. (1908-1949m) dalam Risalah Ta'alimnya : "Maksudku dengan ukhuwwah (kasih sayang dan persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang.

Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat 'ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri). Firman Allah s.w.t. :

وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِيمَـٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ يُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَيۡہِمۡ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمۡ حَاجَةً۬ مِّمَّآ أُوتُواْ وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِہِمۡ خَصَاصَةٌ۬‌ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
(Surah Al-Hashr 59: Ayat ke-9) Pin It Now!

Friday, November 18

~kek coklat kukus keju koktel~


ASSALAMUALAIKUM...

salam 1 malaysia...jom makan coklat kek :)
ada ke yang pantang makan coklat?rasa nya pantang nampak kan...
kek coklat kukus keju koktel nie memang sangat sedap.
kek coklat yang padat dan kaya dengan rasa coklatnya dan di makan bersama krim keju dan buahan koktel.memang OLE!

kek coklat ni makan kosong tanpa krim keju pon sedap.nonie siap buat 1 kosong 1 letak krim keju.

resepi asal dari chef hanieliza yang telah dicuba oleh kak izah dan kak anna.
cheq sue pon dah buat.boleh tengok sini

sekarang nonie letak kat sini pulak,untuk rujukan akan datang.
terima kasih semua

KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL
sumber:nonierahman


bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum ]
1 cawan serbuk koko ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1/2 s/k soda bikarbonat ]

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur ]
1 s/k esen vanilla ] kacau rata

Cara
1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel

bahan krim keju:
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar - nonie pakai serbuk gelatin 1 sudu besar
1 cawan yogurt perisa mangga - nonie pakai 270gm yogurt ( 2 bekas kecil )
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel - nonie tak letak

Cara:
1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
6. Potong dan hidangkan.



Pin It Now!

Thursday, November 17

~rose syrup panna cotta~









ASSALAMUALAIKUM....

salam 1 malaysia.semua sihat?dah sarapan belum?
nonie nak share resepi panna cotta yg sangat best.nonie kalau resepi dessert nie memang tak tolak lah.suka sangat..

sebenarnya nak merasmikan SM yang kak nor bagi sempena cabaran bulan puasa hari tue.
mana yang belum tau boleh tengok kat sini ye.

bukan setakat SM jer macam2 ada dalam kotak misteri tue..hehehe.

jom tengok resepi yang sangat sedap nie.
resepi asal Gert.terima kasih untuk Gert dan k.nor..
Rose Syrup Panna Cotta
recipe:Gert & K.Nor
source:nonierahman


Ingredients for the pink layer:
1 tsp agar agar powder 150 ml water
2 tbsp sugar – more if you like it sweeter
200 ml milk
1 tbsp rose syrup
1-2 drops of pink coloring

1. Combined the agar agar powder and water and mix well. Cook it over low heat until agar agar powder completely dissolved.
2. Add in the milk and sugar. Cook it over medium low heat until sugar dissolve and it come to a slow boil. Add in the rose syrup and coloring. Check the sweetness if it is to your liking. Pour it into theJelly moulds and let it set.
3. Once it is set, take out the jelly, cut into 4 segments. Put 2 segments of the jelly back into the mould and leave the rest empty. Prepare the white layer.



Ingredients for the white layer:
1 tsp agar agar powder
150 ml water
200 ml milk
2 ½ tbsp sugar – more if you like it sweeter
1 tsp vanilla

1. Combined the agar agar and water and mix well. Cook over low heat until the agar agar powder completely dissolved.
2. Add in the milk, sugar and vanilla. Cook over medium heat until it boils. Remove from heat. Spoon the agar agar mixture into the empty sections of the moulds.
3. Let it cool completely in the fridge before serving.

SM yg nonie guna untuk dessert nie


yang nie special untuk kak nor
*



*



*



*



*



*
Pin It Now!

Monday, November 14

~tiramisu~








ASSALAMUALAIKUM....

selamat tengah hari...semua orang dah makan tengah hari?makan pa tadi?

jom pekena pencuci mulut yang best nie.

TIRAMISU....nyummehhh...

rasanya semua orang pernah makan tiramisu kan...
tiramisu nie dessert dari Itali,menurut encik Wiki tiramisu bermaksud 'pick me up'
patutla bila suap sesudu rasa macam tiramisu memanggil-manggil suruh cedok suap lagi ngeeee.....
kenapa?tak percaya?cubalah sendiri...

jom layan resepi tiramisu yg amat mudah dari kak umie_e dari web myresipi.


TIRAMISU:
RESEPI:Kak umie_e

bahan-bahan
  • 2 bungkus biskut tiramisu
  • 250g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 150g gula halus
  • 1cawan air panas
  • 1sudu besar nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
cara-cara
  1. satukan cream cheese,cream dan gula pukul sehingga kembang
  2. larutkan nescafe ke dalam air panas
  3. celupkan biskut tiramisu ke dalam bancuhan nesacafe dan susun di dalam bekas
  4. tuang separuh bancuhan cream cheese tadi ke atas biskut
  5. ulang langkah 3&4 .
  6. sejukkan di dalam peti sejuk lebih kurang 4jam
  7. taburkan serbuk koko ketika sedia untuk di makan.
Pin It Now!

Thursday, November 10

~stew daging~

ASSALAMUALAIKUM...

masak apa tue?dah masak ke untuk makan tengah hari?
kalau belum meh cuba masak stew daging nie.

yerla kan kita baru jer lepas menyambut hari raya haji.
stok daging memang banyak.stew nie nonie buat masa kat kampung hari tue.
ada lagi daging mentah nonie bawa balik kl.nanti boleh buat lagi.

stew nie lebih kurang sup daging jugak.cuma kuah dia sedikit pekat.lagi best kalau dapat makan dengan roti.sedar tak sedar dah 3 biji roti masuk mulut. :)

jom tengok resepi nie.



stew daging

bahan-bahan
  • 1/2 kilo daging lembu/kambing (boleh juga guna tulang)
  • 1 biji bawang besar-di cincang
  • 2 ulas bawang putih-di hiris
  • 2 helai daun bay/daun salam
  • 1 batang lobak merah
  • 2 batang saderi
  • 2 biji ubi kentang
  • 2 kuib daging tulang
  • 1 liter air
  • 2 sudu tepung gandum
cara-cara
  1. basuh daging dan toskan.
  2. salutkan daging dengan tepung gandum
  3. panaskan minyak di dalam periuk
  4. tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  5. masukkan daging.goreng seketika
  6. masukkan air dan kuib daging.
  7. masukkan daun salam dan daun saderi.
  8. biarkan sehingga daging empuk.
  9. apabila daging sudah empuk bolehla masukkan ubi kentang dan lobak merah.
  10. sedia untuk dihidang.
nota:kepekatan kuah terpulang pada selera masing-masing.boleh tambah air untuk kuah sedikit cair.kuah akan pekat disebab kan penggunaan tepung gandum tadi.

selamat mencuba
Pin It Now!

`GA dari blog kak nanaie

nie 1st time nonie join GA macam nie.next time nonie pon nak buat GA nonie jugak la..
kalau sesapa nak join GA kak nanie boleh singgah blog dia yer
Pin It Now!

Wednesday, November 9

Back 2 work

Assalamualaikum
Selamat tengah hari....
Masing-masing dah makan tengah hari?
Menu apa hari nie?daging ke?
Nonie baru balik kl selepas 4hari cuti kat kg.
Tak sbr nak bw ke umah teman2 dan reply komen semua. Pin It Now!

Saturday, November 5

Salam aidul adha

Salam Aiduladha untuk semua dan selamat melakukan ibadah qurban
semuga Allah mempermudahkan
jalanan hidup kita semua...



Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham. Pin It Now!

Friday, November 4

Yeaayy balik kampung

Alhamdulillah nonie selamat sampai kampung.cuaca hari nie hujan...

Projek petang nie baking kek karamel.
Kita tgk jd ke tidak nanti ye :)

Pin It Now!

Wednesday, November 2

~wordless wednesday;sheperd pie~




untuk resepi klik di SINI


Pin It Now!

Tuesday, November 1

~marble cheese brownies~

kek 'tan' sikit ngeee
ASSALAMUALAIKUM....

mood terlebih rajin.buat kek la pulak..
alang2 dah keluarkan oven tue,bakar jer la keja nya...
kek nie buat untuk org terengganu,heee
resepi pon ambik dr umah orang terengganu.
jom lah tengok resepi yg best nie.
sila nikmati tanpa rasa bersalah ngeee :)


MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan Brownies :

250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Pin It Now!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

Facebook Share

xchange