advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (2) apam (2) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) Birthday (1) biskut (2) brownies (5) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cookies (1) cream (1) Cream puff (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (19) diet (2) dinner (1) doorgift (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (26) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (6) panggang (2) party (1) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) polkadots (1) potato (1) puding (9) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (3) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (8) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (19) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Wednesday, July 20

~chicken lasagna~



SALAM SEMUA...
tetiba nonie teringin nak cuba buat lasagna.first time nie buat..
okeyla kejadian dia.cuma nak kena praktis lagi next time.
resepi nonie ambik kat belakang kotak lasagna sheet brand san remo tue.
kulit lasagna tak perlu rebus dulu.letak jer mentah2.nanti dia akan serap air dari kuah tomato tue.
jadi nonie share resepi tue kat sini pulak k.


CHICKEN LASAGNA
SUMBER:nonierahman.blogspot.com

bahan-bahan
  • 250g san remo instant lasagna
  • parmesan cheese
  • 2 tbs butter
  • 1 biji bawang besar-dicincang
  • 400g daging ayam cincang-nonie pakai brand ayamas
  • 150g cendawan butang-dihiris
  • 1 tsp mix herbs
  • 1 tin sos spegati prego(tin kecil
  • 3 cawan air-boleh tambah kalau rasa2 x cukup
  • 1 kuib ayam
untuk white sos
  • 3 tbsp butter
  • 3 tbsp tepung gandum
  • 2 cawan susu segar
  • mozarella/cheddar cheese
cara-cara
  1. cairkan butter,tumis bawang sehingga layu.
  2. masukkan ayam.tumis seketika
  3. masukkan air dan kuib ayam dan biarkan ayam separuh masak.
  4. masukkan prego.perasakan gula dan garam.
  5. masukkan cendawan dan biarkan mendidih seketika.
  6. tutup api.
untuk white sauce

  1. cairkan butter dan masukkan tepung kacau sebati.
  2. masukkan susu,kacau sehingga tepung tidak berketul.
  3. masukkan cheese kacau setiap masa.tutup api.
sediakan loyang.sapu sedikit minyak,kemudian susun kulit lasagna sehingga menutupi bawah loyang
tuang sedikit kuah daging (lebihkan air untuk kulit lasagna tadi)dan white sauce
selang selikan kulit-daging-white sauce.pastikan air menenggelam seluruh lasagna.
bakar di dalam oven 180c selama 40min atau sehingga masak.apabila di cucuk kulit lasagna sudah lembut.



contoh lasagna sheets-ehsan google

Pin It Now!

Monday, July 18

~nestea jelly~




ASSALAMULAIKUM...
hari tue tgk kat umah k.nor dia buat nestea jelly nie mcm menarik.
kebetulan dekat rumah memang ada pek 3 in 1 nestea nie.
boleh la cuba kan.
sangat senang nak buat dan rasa dia pon sedap.macam makan ice lemon tea.
rasa manis masam dan kelat tea tue memang best lah..

jom tengok resepi.nonie copy dari blog k.nor.tak pandai nak adjust2 hihi.follow sebiji2






NESTEA JELLY
RESEPI:kak nor and kak yani
SUMBER:nonierahman.blogspot.com


Bahan-bahan:
1 pek nestea- Ice Tea Lemon Flavour (pek keluarga)
8g serbuk agar-agar
4 sudu besar gula
700ml air paip
500ml air masak
secubit garam
lemon dan daun pudina untuk hiasan

Cara-cara:
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air paip ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Dalam bekas lain campurkan nestea dengan air masak-kacau sebati.
Masukkan no.2 ke dalam no.1 - kacau sebati.
Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
Boleh dihias dengan hirisan lemon dan juga daun pudina.




puding nie sangat la lembut.so x recomend la kalau nak buat dalam loyang besar.pastue nak potong.better buat single cup.senang nak makan.cedok ja...yg mould tue 1 jer dapat,yg lain hancur.sedey... :(



Pin It Now!

Thursday, July 14

.::my lifE & my loveS::.: ~wordless wednesday #ww ~

.::my lifE & my loveS::.: ~wordless wednesday #ww ~ Pin It Now!

Wednesday, July 13

~puding karamel~



ASSALAMULAIKUM...
sekarang cuaca jerebu teruk kan?tempat kawan2 macam mana?
tambah lagi dengan cuaca panas,kering jer tekak.
semalam nonie buat puding karamel nie.selalu buat puding nie.cuma dulu2 xde blog lagi.
jadi nonie nak share resepi puding karamel yang selalu nonie buat.
memang setia lah dengan resepi nie.x pernah cuba yg lain
resepi nie dr website myresipi.alia nama tuan empunya.mohon izin share di sini ya..


resepi:puding karamel
sumber:alia@myresipi

bahan-bahan
  • 400ml susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3biji tlur
  • 2 biji telur kuning
  • 2-3 titik esen vanilla
-karamel-
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

cara-cara
  1. sediakan karamel.panaskan periuk/loyang.masukkan gula biar gula mencair dan bertukar keperangan.apabila gula sudah cair sepenuhnya,masukkan air dan tutup api.
  2. masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk.sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  3. di dalam periuk lain,masukkan susu panaskan jgn sampai mendidih.kemudian masukkan esen vanilla dan tutup api.
  4. masukkan susu yg panas tadi ke dalam mangkuk telur sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  5. tuang adunan ke dalam loyang karamel tadi.
  6. tutup loyang dengan aluminium foil.kukus selama 30miit dengan api sederhana
  7. atau boleh juga dibakar di dalam oven.tapi perlulah diletak air suam di dalam dulang pembakar.bakar selama 40-45min suhu 150 degree
  8. apabila sudah masak biarkan penutup aluminium selama 5 minit barulah di buka.
  9. sejukkan dan bolehla disimpan di dalam peti sejuk.


Pin It Now!

~wordless wednesday #ww ~

Pin It Now!

Tuesday, July 12

~mushroom soup~



ASSALAMUALAIKUM....
selamat pagi...dah breakfast belum?
breakfast apa tue?
nonie tetiBa teringin nak makan mushroom soup.
kena pulak dengan french toast,letak garlic dengan butter memang ngam ho!!
rupanya mudah jer nak buat mushroom soup.yg penting hasilnya terbaekkk!!
resepi nie nonie dapa dari minami133@myresipi.minta izin share kat sini yer.




resepi:mushroom soup
sumber:minami133@myresipi

bahan-bahan
  • 1 keping dada ayam
  • 1500ml air(nonie letak 1000ml utk rebus ayam,baki untuk bancuh tepung)
  • 500ml susu segar (susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang di hiris halus
  • garam
  • secubit ajinamoto -nonie x letak-
  • 1 cawan tepung gandum
cara-cara
  1. potong ayam kecil-kecil.masukkan ayam dan air ke dalam periuk.rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kuib ayam.masak menggunakan api yg perlahan.
  3. masukkan cendawan.
  4. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.perasakan dengan garam dan ajinamoto.siap untuk di hidang.

untuk resepi french toast.nonie pakai ready made french toast beli dekat supermarket.cuma sapu butter ngan garlic yg di cincang.kemudian bakar..ummmphhh!!!



Pin It Now!

Friday, July 8

~suun goreng~



assalamualaikum...
selamat pagi?dah breakfast?dah berapa hari x update blog.nonie baru balik dari singapore.
pagi nie nonie buat soun goreng..1st time makan masa dekat food court uptown damansara.
sedap!
jadi nonie cuba2 la buat,buat macam goreng mee/bihun biasa tue.
jom tengok resepi.




resepi:suun goreng

bahan-bahan
  • suun direbus
  • udang
  • ayam
  • cili boh
  • sos cili
  • sos tiram
  • kicap manis
  • bawang putih,bawang merah ditumbuk
  • sayur sawi
  • telur

cara-cara
  1. didih kan air.masukkan suun.apabila suun masak.toskan
  2. panaskan minyak.tumis bawang dan cili sehingga masak
  3. masukkan udang dan ayam.goreng separuh masak.
  4. masuk telur.gaul rata.
  5. masukkan sos cili,sos tiram dan kicap.
  6. masukka suun.gaul rata.tambahkan sedikit air
  7. apabila sudah sekata masukkan sayur dan boleh dimatikan api.


Pin It Now!

Sunday, July 3

~cendawan goreng hot&crunchy~


assalamualaikum...
tetiba teringin nak makan cendawan goreng tepung,memula tengok blog kak yani pasal puding buah tue,sekali ada link kat bawah tue resepi cendawan goreng tepung...alamak sedapnya....
apa lagi kebetulan tadi petang p carefour beli la cendawan...
resepi asal dari blog kak nor..so kak yani ngan kak nor nonie copy n paste kat sini ye.



resepi:cendawan goreng hot&crunchy
sumber:kak yani & kak nor

Bahan2:
400 gm cendawan tiram
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cup/bekas yogurt plain
1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 1/3 cawan air
1 sudu kecil garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
Panaskan minyak dgn api yg kuat.
Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
Angkat dan toskan.
Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
Selamat mencuba :)

pesanan kak nor :
*proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)


pesanan nonie*
memang best sangat..kriuk=kriuk...cuba la....
Pin It Now!

Friday, July 1

~yogurt pancake~




assalamulaikum...
selamat pagi...sebenarnya resepi nie dah lama dalam simpanan,nie baru la nak try buat.
bahan asas pancake yg sama cuma nonie letak yogurt dengan hirisan buah epal.
sedap makan gitu jer atau pon dengan madu.cubalah...

bahan-bahan:
1 cawan susu
1/2 cawan plain yogurt
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk kulit kayu manis
1 biji epal di hiris membulat

cara-cara
  1. masukkan semua bahan kecuali yogurt dan epal,gaul sampai sebati.nonie blendkan semua.
  2. tuang adunan ke dalam mangkuk kemudian masukkan yogurt.cukup sekadar menggaul.
  3. panaskan kuali,letak sedikit minya,letak kan hirisan epal,tuang adunan bancuhan tadi ke atas epal.
  4. biarkan sehingga masak.balikkan sehingga kedua-dua bahagian masak
  5. sedia untuk di hidang
selamat mencuba...
Pin It Now!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

xchange