advt

heart beat

sayang u olls

apa menu hari nie?

#ww (5) alhamdulillah (1) apam (1) APPLE (3) ayam (4) balik kg (3) baru (1) berehat sebentar (1) biskut (2) brownies (4) bubur (2) cake (1) cendawan (1) cheese (11) chocolate (2) cream (1) crepe (1) cupcakes (3) daging (6) dessert (18) diet (2) dinner (1) durian (2) e (1) GA (1) gathering (1) giveaways (1) goreng (8) hantaran (1) homemade (1) ikan (2) info (2) jagung (3) JJCM (1) jumaat (1) kacang (1) karamel (5) kari (1) keju (2) kek (23) kenduri (1) kentang (1) kerepek (1) ko teaw (1) kudap-kudap (1) kuih (1) kung fu (1) macarons (1) makaroni (4) mangga (2) manisan (4) mee (3) menu (1) minum petang (6) minumpetang (1) nasi (3) nota kaki (1) pancake (5) panggang (2) pasta (2) pavlova (4) PIE (3) pisang (1) potato (1) puding (8) pulut (1) roti (4) salam (4) sarapan (2) se (1) seafood (3) selamat hari ibu (1) sharing (3) sos (1) sotong (1) spagetti (2) step by step (7) strawberry (1) sup (2) susu (1) suun (1) Tart (2) Tarts (1) telur (1) tembikai (1) tempahan (17) tempura (1) tom yum (1) tradisi (2) ucapan (3) video (1) wedges (2) wednesday (2) weeding gift (1) western (10) yee mee (1)

Thursday, April 21

~jagung cawan~



tetiba tekak rasa teringin nak makan jagung..
nie sebab ciken cop KFC tue la..
1set ciken cop tue ada wedges ngan jagung rebus nie...
tapi dia letak cinonet jer,mana la cukup.2 kali suap dah habis (mulut aku la..)
so aku pon beli la jagung frozen brand simplot.
kalau korang nak tau untuk potato wedges ngan jagung kat KFC tuh,diaorg pakai brand nie la...tue yg aku beli jagung simplot nih,konon2 nak rasa mcm KFC :P

so bahan-untuk buat jagung nie senang jer
resepi:jagung cawan

bahan-bahan
  • jagung sejuk beku
  • mentega
  • susu pekat
  • secubit garam
cara-cara
  1. kukus jagung dalam 30min (aku rebus jer,periuk kukus kan dah berlobang)
  2. apabila jagung dah masak,angkat jagung masuk dalam bekas,gaul dengan mentega,susu pekat dan garam
  3. untuk 1 cawan jagung nonie letak secubit garam,mentega 1 sudu besar,susu pekat manis,2 sudu besar
  4. korang boleh la perasa ikut selera korang k.

selamat mencuba...
Pin It Now!

Wednesday, April 20

7 tips membina pelan diet

haish..semakin hari berat semakin bertambah,bila nak kurang x tau...kerja asyik masak dan makan...bagi yg tengah plan utk diet tue boleh la refer kat sini,tapi kalau x follow pon x guna..yg penting disiplin kena kuat!!


Adakah anda memang berazam untuk kuruskan badan anda?

Jika ya jawapan anda, anda haruslah mulakan dengan membina pelan perancangan diet anda. Pelan ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan dan motivasi untuk anda rujuk agar anda dapat mencapai berat badan ideal idaman anda.

Tahukah anda sudah ramai sebenarnya yang berjaya menurunkan berat badan mereka dengan mengikut pelan perancangan yang telah mereka bina di awal-awal progress diet mereka. Anda boleh sesuaikan dan tidak perlu menyeksa diri anda semata-mata untuk kuruskan badan anda dengan membina sebuah pelan perancangan diet yang ketat dan tidak memberi anda keselesaan.

Berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan dalam membina pelan perancangan diet anda …

  • TIPS 1: Masukkan elemen-elemen amalan pemakanan makanan yang sihat dalam pelan diet anda. Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang merupakan salah-satu komponen yang amat kritikal dalam pelan diet anda. Dalam pelan tersebut, tak perlu anda memaksa dan menahan diri anda daripada memakan junk foodseperti coklat ke, keropok ke, atau makanan berlemak yang lain. Yang penting setiap makanan diambil dalam kuantiti yang sedikit.
  • TIPS 2: Tetapkan hari yang spesifik dalam seminggu untuk anda menikmati makanan-makanan junk foodini. Tapi sekali lagi saya ingatkan anda, jangan pula anda makannya secara berlebihan pula ya. Jadikan hari tersebut sebagai hari untuk anda reward diri anda sendiri.
  • TIPS 3: Reka pelan pemakanan yang lebih spesifik. Lakukan sedikit research di internet ataupun dapatkan buku-buku resepi masakan makanan yang sihat dan berkhasiat. Pelbagai resepi masakan anda untuk setiap hari. Ini bagi memastikan tak la anda boring nanti dengan makanan yang sama.
  • TIPS 4: Pastikan ada jadual untuk sesi senaman berkala dalam pelan diet anda. Pelbagai aktiviti senaman yang berlainan boleh anda masukkan dalam pelan tersebut mengikut hari-hari tertentu. Contohnya mendaftarkan diri di gym berdekatan ruman anda, dapatkan siri DVD tutorial senanam untuk anda lakukanworkout hanya di rumah, gunakan alat senaman seperti treadmill dan sebagainya.
  • TIPS 5: Dapatkan rakan untuk sama-sama jalankan aktiviti diet anda. Anda boleh ajak mungkin rakan sekerja ke atau adik-beradik anda untuk bersama membina pelan dan menjalankan mengikut perancangan tersebut. Ini bagi mengekalkan motivasi dan semangat untuk anda terus kuruskan badan. Anda boleh tonton rancangan The Biggest Looser contohnya dan ikut apa yang mereka lakukan ;-)
  • TIPS 6: Pastikan pelan diet anda ditulis di atas kertas. Tak guna anda hanya sekadar berkata-kata yang anda nak kuruskan badan. Tulis dalam diari khas atau buku kecil untuk mudah anda rujuk nanti dari masa ke semasa.
  • TIPS 7: Bertindak mengikut perancangan. Bila anda dah selesai membina sebuah pelan diet anda, anda kena ikut pelan tersebut dan pastikan ianya berjaya dan mencapai matlamat.

Begitulah serba-sedikit tips-tips yang boleh anda ikut ketika anda membina pelan perancangan diet anda.

Kongsikan juga tips-tips ini bersama rakan-rakan di Facebook dengan menekan butang Share di sebelah hujung kanan imej artikel ini. Pasti rakan anda akan berterima kasih kepada anda di Facebook anda.Ilmu sama dikongsi,kejayaan sama dirasai :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pin It Now!

Friday, April 15

pancake durian again n again

semalam buat lagi durian pancake nie,tetiba rasa teringin.
buat yg baru 1st time nak cuba boleh tengok resepi kat sini k.
semalam masa tengah buat tue baru aku perasan yang kulit aku buat jd x cantik,jadi berlubang-lubang..
mungkin pans terlalu panas masa aku nak letak adunan tu kot.so terpaksa topup adunan untuk tutup lubang-bang tue,hasilnya kulit pancake aku jd tebal

then baru aku realise yg bila kita nak tuang adunan dalam kuali tue jgn biar kuali atas api tue,kena angkat kuali,tuang adunan,pastue dadar kan baru letak balik atas api.baru kulit x berlubang-lubang.licin jer

kalau x habisla inti melarikan diri ikut lubang-lubang tue..
kulit yg tebal tue bila time lipat mula la pecah,xboleh dibentuk jadi bantal..so apa lagi aku bantai la yg tue hahaha..


Pin It Now!

Thursday, April 14

diet mengikut kumpulan darah


Fakta

Diet untuk darah jenis A

Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Diet untuk darah jenis B

Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Diet golongan darah jenis AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Diet untuk darah jenis O

Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

Kebaikan

# Bagus jika anda tidak suka mencuba makanan baru dan hanya makan menu tertentu.

# Anda tahu jumlah makanan yang anda makan dan banyak mana anda makan.

# Walau apa jenis diet yang anda amalkan, anda masih perlu bersenam.

# Mengehadkan jumlah makanan boleh menyebabkan kekurangan berat badan.

5) Pengambilan makanan yang siap diproses tidak digalakkan.

Keburukan

# Tidak ada penyelidikan saintifik yang menunjukkan kaitan antara jenis darah, jenis makanan dan berat badan.

# Tidak realistik kerana bukan semua ahli keluarga memiliki jenis darah yang sama.

# Diet berasaskan jenis darah sangat kompleks malah kerap kali dipertikaikan.

# Mengehadkan pemakanan menyebabkan anda mengalami kekurangan nutrisi.

# Memerlukan pengambilan makanan tambahan untuk menambah kekurangan nutrisi.
Pin It Now!

Wednesday, April 13

apple pie ~versi goreng~





dua hari sebelum sibuk mengemas peti ais,sekali ada apple hijau cik nurul fiza,dah kecut pon apple tue.reason xnak mkn sbb apple tue masam,dah hijau mestila masam,lain kali kak fizah beli yg merah k.baru x masam :P
so nonie decide,nak buat apple pie.konon2 ala@ mcd.versi goreng k

jom tengok resepi

RESEPI:APPLE PIE

  • Bahan Inti:
  • 2 biji apple merah/hijau - potong dadu
  • 1/3 cawan gula (jika tak suka manis, boleh kurangkan kepada 1/4 cawan saja)
  • 1/2 sdk serbuk kayu manis
  • 1 sdb perahan jus lemon (nonie pakai apple hijau so x letak la lemon nie)
  • 1 sdk tepung jagung + 1 sdb air

  • Bahan Pastri:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk garam
  • 1/2 cawan butter - beku (sejuk)
  • 1/2 cawan susu segar sejuk
  • **minyak untuk menggoreng



Cara-cara

Dalam periuk, campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.

Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal.
P/S: Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam @ inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.

Pastri: Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti.
(Gaul guna hujung jari)

Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).
Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.

Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan.



tips:kalau nak dapat kulit pie yang rangup,boleh simpan pie kita tue dalam peti sejuk selama sejam sebelum di goreng.

SELAMAT MENCUBA
Pin It Now!

Monday, April 11

puding jagung




resepi yg sangat mudah dan ringkas


resepi:puding jagung
sumber:miss F&N

BAHAN-BAHAN


  • 1 cawan tepung kastad

  • 1 cawan jagung manis

  • 3/4 cawan gula

  • 3 cawan air

  • 1 1/2 cawan susu cair

CARA-CARA



  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk

  2. masak di atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat

  3. tuang ke dalam acuan dan sejukkan

  4. siap!
Pin It Now!

Thursday, April 7

bantal durian@pancake durian

semalam tengok2 resepi jumpa resepi nie,bantal durian,macam pelik kan nama dia,mungkin bentuk dia mcm bantal kot..tengok gambar je dah menyelerakan..
*yang nie yg di jual di Lee Lee’s Sumptuous Desserts

rm10 untuk 6 biji bantal

kebetulan semalam ayahnya en.helmi ada bagi durian,apalagi excited la aku nk try buat mcm gambar kat atas nie,Alhamdulillah menjadi.rasa pon sedap! tp kalau nk compare dgn kedai yg jual nie xtaula coz xpenah lg mkn kat situ.

jom tengok bahan-bahan untuk buat bantal nie


bahan-bahan
Bahan-bahan untuk kulit:
250 gm tepung gandum.
3 biji telur
500 ml santan
1/2 tsp garam.
esen pandan
pewarna hijau

untuk inti plak
isi durian secukupnya

whipped cream yg telah dipukul kembang

cara-cara
  1. bancuh semua bahan untuk kulit sehingga sebati dan kemudian tapis.nonie blend jer semua.senang!
  2. kemudian dadar kan nipis seperti membuat kuih dadar/kuih ketayap
  3. letak sedikit whipped cream atas kulit dadar dan letak 1 sudu isi durian
  4. lipat kemas-kemas seperti gambar kat bawah nie,sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.sedap mkn sejuk2 :)
    selamat mencuba.....
Pin It Now!

Wednesday, April 6

kek keju salji




wahhh nama mcm winter sonata..sajer je bagi gempak sikit.
resepi kek guna resepi cheese kek sebelum nie.
so just tambah topping jer

bahan-bahan
1 biji kek keju
250g butter (yang masih sejuk)
200g gula aising
1sb perahan lemon

cara-cara
  1. belah kek keju kepada 2 bahagian
  2. pukul butter bersama gula aising sehingga putih dan gebu
  3. masukkan perahan lemon dan gaul sebati
  4. sapukan krim pada bahagian tengah kek
  5. telangkupkan kek,sapukan krim pada seleruh bahagian kek
Pin It Now!

Tuesday, April 5

asam gumpal




satu lagi resepi dari pantai timur-asam gumpal,original resepi asam gumpal nie ada inti kacang hijau kat tengah,tapi resepi yg nonie nak share nie,versi yg xde inti

bahan-bahan
250 gm biji sago
2 liter air
secubit garam

kuah
1 liter santan
60 gm gula merah

cara-cara
  1. Rebuskan biji sago bersama-sama dengan air garam sehingga masak.
  2. Tapis dan sejukkan
  3. Gumpalkan sago tadi sehingga menjadi padat
  4. untuk kuah,Masukkan santan, gula merah.masak hingga mendidih,sentiasa menjaga api supaya x pecah minyak
  5. untuk menghidang,masukkan sagu ke dalam mangkuk,tuangkan kuah ke atasnya
Pin It Now!

kuih beko





kuih beko?pernah dengar x?kuih tradisi negeri kelantan. kalau kat perlis dia lebih kurang kuih dangai..kalau brunei panggil kuih rangin :)
bahan asas tepung pulut dan kelapa parut,tapi kalau kuih beko nie letak air ngan telur,kalau dangai/rangin x letak pon..

resepi: kuih beko

bahan-bahan
2 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
2-3 keping keret nise (org perlis gula gerek ye) atau pon 1 cawan gula
1 cawan air
daun pandan
secubit garam
2 biji telur

cara-cara
  1. masak gula bersama air dan daun pandan sehingga larut
  2. gaul ke semua bahan jgn terlalu lembik
  3. sudukan ke dalam acuan/muffin tray
  4. bakar menggunakan oven suhu 150c selama 15minit

Pin It Now!

Monday, April 4

potato wedges


sebelum nie nonie ada share resepi cheezy wedges korang boleh pilih nak guna frozen potato wedges or buat sendiri,
so sekarang nonie nk share resepi potato wedges buatan sendiri :)

resepi:potato wedges
sumber:

bahan-bahan
  • 4 biji ubi kentang (nonie pakai russet potato so x yah buang kulit,basuh bersih2)
  • 5sb tepung gandum
  • 5sb tepung beras
  • 1sdt serbuk paprika (nak pakai serbuk kari pon boleh)
  • 1sdt serbuk lada hitam
  • 1 ulas bawang putih di cincang
  • 1/4 sdt garam
  • 1 biji telur
gaul semua bahan dan goreng pada api sederhana Pin It Now!

Saturday, April 2

teriyaki chicken



first makan dekat carls Jr teriyaki burger-terus jatuh chentala.. mungkin sebab ada nenas kot,
aku punya favourite tuh nenas
so google la cari resepi teriyaki chicken.so nie antaranya resepi yg aku dapat setelah diubah suai mengikut selera kita la ka..
kalau original teriyaki chicken dia letak sake (jepun punya alcohol :) ),so aku ganti dengan perahan lemon
resepi- teriyaki chicken

Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus
1 tsp perahan lemon

cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebih kurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.


Pin It Now!

slice cheese cake




cheese lagi?dah memang favourite,xleh nak buat apa la kan...
resipi nie dah selalu buat,cuma nie baru ada blog,so boleh la letak kat sini

bahan2 untuk cheese cake nie pon mudah nak jumpa.
kat sini nonie letak,cara-cara bergambar langkah demi langkah.senang sikit nak faham kan..

resepi:slice cheese cake
sumber:onigiri-web myresipi

Bahan-bahan

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara


1.panaskan susu bersama cheese yg telah disiat-siat tadi.apabila susu dah mendidih masukkan butter.sejukkan
  1. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.


inilah hasilnya -meringue-*macam muka mawas kan putih telur nie :P

  1. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  1. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata.


1. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  1. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

Pin It Now!

Friday, April 1

cheese untuk cheezy wedges


nie jenis cheese yang nonie guna Pin It Now!

chezzy wedges


CHEESY WEDGES



BAHAN-BAHAN:
500gm frozen wedges (pakai brand simplot)
200gm cheese slice warna oren
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar
2 sudu besar yogurt perasa asli
Mayonis secukupnya

CARA-CARA:
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese cair.
5. Masukkan yogurt dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.



*untuk brand slice cheese yang nonie guna boleh tengok kat sini
Pin It Now!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

advL

iklan

food buzz daily special

Facebook Share

xchange