Tuesday, May 10

~homemade pasta sauce~



*nonie letak sosej sekali kat dalam tue


motip nak clearkan esbox.ada sebungkus daging kisar dalam tue,so decide nak buat spagetti untuk diner.homemade pasta sauce..

so bahan-bahan untuk buat kuah spagetti nie senang jer,bahan utama tomato dengan mix herbs

resepi:homemade pasta sauce

bahan-bahan
  • 1 tin tomato puree
  • 1 botol sos tomato
  • 10 biji tomato dicincang
  • 2 biji bawang besar (jenis putih)-dicincang
  • 3 ulas bawang putih-dicincang
  • 2sudu besar mix herbs
  • minyak masak kalau boleh pakai minyak zaitun
  • 2tin air (guna tin tomato puree untuk sukat)
  • daging cincang
cara-cara
  1. panaskan minyak di dalam periuk.tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu
  2. apabila bawang dah layu,masukkan daging
  3. masukkan tomato puree,buah tomato,tomato sos,air dan mix herb
  4. kacau sehingga mendidih
  5. apabila mendidih,slowkan api,renehkan selama 2 jam

No comments:

Post a Comment

hai.jangan malu-malu untuk tinggalkan komen.untuk anonymous sila sertakan nama senang saya nak membalas :)